Pada permulaan bulan yang baru, saya memulakan hari saya dengan menghantar skrip yang yang telah siapkan selama 3 hari untuk menyiapkannya. Saya ke bilik Dr Mohamad Azmi dan mengantarnya dan kami berbincang tentang tugasan saya pada minggu ini. Dalam perbincangan, Dr Mohamad azmi meminta saya untuk mereka book cover untuk buku yang fakulti akan keluarkan. Saya terdiam seketika kerana saya sangatlah tak kreatif orangya. Akan tetapi, Dr Mohamad Azmi menyuruh saya mencuba walaupun simple yang mungkin. Jadi saya ambil pendekatan ini untuk mencuba dan menambah lagi ilmu dalam seni. Jadi, seharian saya mencari idea-idea untuk mereka corak yang sesuai dan sebagainya. Harap-harap Dr Mohamad Azmi boleh menerimanya.
Sunday, October 31, 2021
Thursday, October 28, 2021
Hari Ketiga Puluh 29 Oktober 2021
Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya masih meneruskan tugasan editing saya. Ianya memang mengambil masa yang lama dan saya perlu teliti pada penulisan tersebut. Memang seharian saya menghabiskan masa dengan tugasan editing, sedar tak sedar saya sudah seharian dari awal pagi hingga ke petang, saya siapkan tugasan ini. Pada ketika ini, saya berasa sangat tertekan kerana saya terlalu mengambil masa yang lama. Tetapi, Dr Mohamad Azmi sangat memberi dorongan dan tidaklah memberi saya tekanan walaupun beiau memerlukan tugasan ini secepat mungkin untuk beliau menghasilkan buku Jadi, Dr Mohamad Azmi member saya waktu lagi untuk menyiapkan di mana saya menyambung tugasan ini pada hari esoknya. Sebelum ini, saya pernah mengambil cuti, jadi saya ganti balik cuti itu dengan bekerja pada hari sabtu. Nasib baik Dr Mohamad Azmi memberi saya ruang dan waktu lagi untuk menyiapkan.
Wednesday, October 27, 2021
Hari Kedua Puluh Sembilan 28 Oktober 2021
Setelah diberi kesihatan semula, saya meneruskan perjualan praktikal. seteleah memasuki pejabat, Dr Mohamad Ami memberi tugasan editing kepada saya. Fakulti perakaunan ini akan mengahasilkan sebuah buku. Skrip sudah mereka siapkan, jadi Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk menyemak ejaan dan penggunaan ayat dalam skrip tersebut. Pada mulanya, saya agak takut kerana hal ini bukan bidang saya, tapi saya percaya saya akan belajar benda baru, jadi saya ambil ini sebagai benda baru untuk saya pelajari. walaupun saya tidak mahir, saya cuba belajar dan mencari di google dan bertanya kepada kawan-kawan yang mahir dalam bidang ini. Terima kasih kepada sahabat baik saya iaitu Munirah, di mana beliau seorang pelajar jurusan sastera di UPM. Beliau banyak membantu saya dan melayan saya apabila saya menanyakan tentang penggunaan ayat dan sebagainya.
Tuesday, October 26, 2021
Hari Kedua Puluh Lapan 27 Oktober 2021
Harini saya tak berapa sihat, saya diserang Migrain yang teruk. Lepas subuh saya terus maklumkan Dr Mohamad Azmi untuk MC pada harini. Apabila keadaan saya agak sedikit sihat, saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Hari Kedua puluh tujuh 26 Oktober 2021
Hari Selasa ini saya memulakan kerja saya dengan ke Hal Ehwal Akademik kerana Puan Shima meminta tolong untuk meminta cop dan tandatangan di HEA untuk jadual waktu. Akan tetapi, orang yang menguruskan hal tersebut, tidak hadir dan saya perlu meninggalkan jadual tersebut dan mengambilkan pada sebelah petang.
Jadi, saya pulang ke pejabat dan membuat kerja yang lain iaitu mengemas kini kalenderkerja saya yang sebelum-sebelum ini. Selepas mengemas kini, saya meneruskan kerja saya yang semalam tidak sempat siap, dimana saya perlu membuat senarai fail-fail untuk dilupuskan oleh Puan Jun. Kerja ini memakan masa yang agak lama kerana saya perlu membuka satu demi satu fail yang ada di dalam bilik koordinator ini. Ada juga yang tidak mempunyai fail dan saya perlu menyemak satu demi satu. Bayangkan dokumen-dokumen ini semua sudah cecah 19 tahun dimana saya terjumpa dokumen-dokumen yang dari 2002.
Sunday, October 24, 2021
Hari Kedua puluh enam 25 Oktober 2021
Pada harini, saya half day dimana saya mendapat kebenaran untuk membawa mak saya ke poliklinik untuk pemeriksaan bulanan di klinik. Jadi saya memasuki pejabat pada sebelah petang kerana sebelah pagi saya ada urusan peribadi.
Setelah memasuki pejabat, Puan Junaidah meminta tolong saya untuk membuat senarai fail-fail yang ada di bilik koordinator ini untuk tujuan pelupusan. Fail-fail ini sudah lebih dari 10 tahun dan ianya perlu dilupuskan. Disebabkan Dr Mohamad Azmi cuti pada hari ini, jadi saya menolong Puan Junaidah untuk menyiapkan senarai fail-fail.
Friday, October 22, 2021
Hari Kedua puluh lima 22 Oktober 2021
Pada pagi yang mendung ini, saya mulakan hari dengan menganalisa perjumpaan dengan PA. Selesai tugasan tersebut, Dr Mohamad Azmi meminta saya menyemak nama-nama pelajar yang tidak hadir pada perjumpaan PA pada minggu pertama dan kedua. Selesai menyemak, saya perlu menghantar email kepada pelajar yang tidak hadir dan memberi amaran kepada mereka.
Wednesday, October 20, 2021
Hari Kedua puluh empat 21 Oktober 2021
Pagi sebelah pagi, saya menyiapkan kerja menyemak ayat yang diberikan oleh Dr Mohamad Azmi semalam. Saya takdan menyiapkan kerana saya perlu membaca setiap perkataan untuk saya semak ejaan dan tatabahasa. Oleh sebab saya bukan seorang yang mahir dengan tatabahasa melayu, jadi saya mengambil masa yang lama untuk menyemak.
Hari Kedua Puluh tiga 20 Oktober 2021
Setelah cuti panjang, saya kembali bekerja kerana harini saya perlu membuat semula dokumen-dokumen berkenaan copyright. Setelah Puan Lily ke MYIPO Kuantan, staff disana membaiki dokumen yang dihantar dan ternyata dokumen yang saya sediakan pada minggu lepas, salah format. Jadi pada awal pagi, saya mempunyai pembincangan dengan Dr Mohamad Azmi berkenaan dokumen yang perlu dibuat baharu. Dengan ini saya belajar bahawa untuk menghasilkan dokumen yang penting untuk sesuatu program atau kerja, perlulah dibuat dengan teliti dan perlu menyemak beberapa kali untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Kita perlu membiasakan diri kita untuk menyemak sesuatu dokumen dengan secara teliti supaya menjadikan kita seorang yang bagus. Hari demi hari kita kena ada peningkatan dalam diri kita dan yang paling penting, kita kena belajar dan terus belajar bukanlah hanya berhenti pada satu masa.
Semasa saya menyiapkan dokumen untuk copyright, saya belajar cara-cara untuk memohon copyright. Pada mulanya, kita perlu menyediakan Statutory Declaration dan perlu mendapatkan cop di Persuruhjaya Sumpah. Seterusnya, perlu menyediakan borang untuk copyright.
Monday, October 18, 2021
Hari Kedua puluh dua 19 Oktober 2021
Salam Maulidur Rasul 1443H tahun 2021. Sambutan Maulidur Rasul 2021 jatuh pada hari Selasa 19 Oktober 2021. Cuti Maulidur Rasul 2021 merupakan cuti umum di seluruh Negara.
Tema Maulidur Rasul 2021 : Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti
Bersempena sambutan Maulidur Rasul, ambillah peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Hidupkan sunnah Rasullullah yang mana mampu untuk kita lakukan. InshaAllah... Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Jom berselawat.
Sunday, October 17, 2021
Thursday, October 14, 2021
Hari Kedua puluh 15 Oktober 2021
Pada Harini saya kerja setengah hari kerana ada hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pada belah pagi, saya datang ke pejabat untuk menguruskan dokumen-dokumen copyright dan serahkan kepada Puan Lily untuk beliau membawa ke MYIPO Kuantan. Dr Mohamad Azmi meminta tolong Puan Lily untuk menghantar dokumen tersebut ke Kuantan kerana Puan Lily menetap disana.
Wednesday, October 13, 2021
Hari Kesembilan belas 14 oktober 2021
Pada hari ini saya menyempurnakan tugasan semalam di mana saya perlu ke pejabat Peseruhjaya sumpah untuk menyelesaikan copyright saya. Jadi pagi ini saya ke Pesuruhjaya sumpah dengan hati yang berdebar. Saya bertolak awal 10 minit supaya saya boleh bersiap sedia jika ada apa-apa permasalahan, akan akan tetapi urusan saya sangat dipermudahkan. Urusan saya untuk mendapatkan tandatangan sangatlah mudah dan cepat. Alhamdulillah.
Selesai mendapatkan tandatangan, saya pulang ke pejabat dan berjumpa dengan Puan Lily untuk mengurusakan dokumen-dokumen yang akan Puan Lily bantu untuk hantar ke IPO Kuantan. Puan Lily agak kesibukan dimana beliau mempunyai kelas pada hari esok (Jumaat) dan akan menghantar dokumen saya pada hari Isnin depan. Terima kasih Dr Mohamad Azmi banyak membantu saya menyiapkan copyright saya dn juga Puan Lily yang membantu hantar dokumen saya ke MyIPO.
Hari Kelapan belas 13 Oktober 2021
Hari ini Dr Mohamad Azmi menyemak 'Instruction Manual" dan menyuruh saya memperbaikinya. Seharian saya menyiapkan dan membetulkan apa yang dikomen Dr Mohamad Azmi. Beliau membantu saya membuat 'Statutory Declaration' untuk saya hantar ke Pesuruhjaya Sumpah. Dalam pukul 3, saya berjaya menyiapkan manual dan saya meminta Dr Mohamad Azmi untuk menyemak sehingga beliau berpuas hati. Beliau banyak menolong saya dalam menyiapkan manual ini dimana beliau banyak memberi idea-idea dan membetulkan kesilapan saya.
Sebelum itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Azizi yang sanggup meluangkan masa walaupun sibuk dengan kerja dan kelas, untuk menyemak dokumen-dokumen yang saya dan Dr Mohamad Azmi sediakan.
Pada pukul 3 petang, setelah siap semua, saya diarahakan untuk ke Pesuruhjaya Sumpah untuk mendapatkan tandatangan, akan tetapi, nasib tidak menyebelahi saya kerana Peseruhjaya sumpah hanya buka sampai pukul 1 petang sahaja.
Tuesday, October 12, 2021
Hari Ketujuh Belas 12 Oktober 2021
Setibanya saya di pejabat, Dr Mohamad Azmi memanggil saya ke pejabatnya dan terus menerangkan secara details tentang copyright dan semuanya. Beliau memperkenalkan satu kad yang akan menjadi peralatan untuk pelajar yang lambat untuk faham dan juga pelajar yang tidak mempunyai asas perakauanan ketika di sekolah menengah.
Sunday, October 10, 2021
Hari Keenam Belas 11 Oktober 2021
Pada minggu ini, Dr Mohamad Azmi akan mengajar saya untuk membuat satu Copyright, jadi untuk hari ini, beliau memberi contoh-contoh copyright dan memberitahu copyright yang saya akan buat. Akan tetapi saya Work From Home, agak kesulitan sedikit untuk Dr Mohamad Azmi menerangkan secara teperinci. Jadi, beliau mengambil keputusan untuk berjumpa keesokan hari untuk menerangkan secara teliti lagi apabila saya memasuki pejabat.
Harini ini saya hanya membaca contoh-contoh manual untuk membuat copyright supaya saya lebih memahami dan belajar soalan-soalan berkaitan perakaunan untuk mengingati semula apa tentang perakaunan.
Friday, October 8, 2021
Hari Kelima Belas 8 Oktober 2021
Pada Harini, sepatutnya saya Work From Home, akan tetapi saya ada urusan di Kuala Lumpur, jadi saya meminta izin Dr Mohamad Azmi untuk meminta cuti. Dr Mohamad Azmi meluluskan cuti dan akan tetapi, saya perlu mengantikan hari cuti saya dengan menghadiri satu mesyuarat yang bertajuk Jom Buat Copyright. Dalam mesyuarat tersebut, Puan Lily dan Puan Sabariah menerangkan semua yang berkaitan dengan copyright, sebenarnya saya tidak berapa faham akan copyright ni, akan tetapi Dr Mohamad Azmi memberitahu saya akan membuat copyright atas nama saya sendiri pada minggu depan. Jadi di situ nanti saya akan belajar dan memahami apa itu copyright.
Thursday, October 7, 2021
Hari Keempat Belas 7 Oktober 2021
Tuesday, October 5, 2021
Hari Ketiga belas 6 Oktober 2021
Pada pagi ini, Dr Mohamad azmi memanggil saya ke bilik beliau untuk menguruskan program wakaf buku. Saya diminta untuk mengisi google form untuk semua penderma untuk tujuan rekod and e-sijil kepada perpustakaan. Saya mewakili fakulti perakaunan mengisi google form. Ketika ini, belum kesemua pensyarah yang belum memberi buku-buku mereka untuk diwakafkan, jadi saya mendaftarkan nama-nama yang ada dahulu.
Selesai mendaftar, saya pulang ke pejabat untuk menyambung minit mesyuarat yang tergendala pada hari semalam. Selain itu, Dr Mohammad Azmi meminta saya untuk memberi peringatan kepada pensyarah-pensyarah yang masih belum memberi buku untuk diwakafkan. Jadi, saya menelefon setiap sorang pensyarah untuk mengingatkan mereke.
Selesai jam makan tengahari, saya, Dr Mohamad Azmi, Encik Azizi dan Puan Syazwani wakil dari fakulti perakaunan untuk membawa buku-buku yang akan diserahkan kepada Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka. Kami menaiki kereta Puan Syazwani kerana mempunyai 107 buah buku yang fakulti perakaunan wakafkan kepada perpustakaan.
Selesai menghantar buku-buku ke Perpustakaan, Dr Mohamad Azmi meminta saya menyiapkan minit mesyuarat yang tertangguh untuk beliau menyemak.
Monday, October 4, 2021
Hari Kedua belas 5 oktober 2021
Harini tiba masa saya bekerja di pejabat, jadi pagi awal pagi, saya menghadiri Mesyuarat Khas Penilaian Intersesi dimana pelajar intersesi seramai 30 orang pelajar yang lulus manakala hanya seorang pelajar yang gagal.
Sunday, October 3, 2021
Hari Kesebelas 4 oktober 2021
Friday, October 1, 2021
Hari Kesepuluh 3 Oktober 2021
Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022
Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...
-
Harini ini saya perlu berkenalan dengan semua pensyarah Fakulti Perakaunan UITM Cawangan Pahang. Pada pukul 8 pagi saya perlu menelefon koo...
-
Pada minggu ini, Dr Mohamad Azmi akan mengajar saya untuk membuat satu Copyright, jadi untuk hari ini, beliau memberi contoh-contoh copyrig...
-
Nama diberi Noor Batrisya binti Mohmad Badli, berumur 23 tahun. Saya Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dan Kewangan di Ko...