Pada hari ini saya menyempurnakan tugasan semalam di mana saya perlu ke pejabat Peseruhjaya sumpah untuk menyelesaikan copyright saya. Jadi pagi ini saya ke Pesuruhjaya sumpah dengan hati yang berdebar. Saya bertolak awal 10 minit supaya saya boleh bersiap sedia jika ada apa-apa permasalahan, akan akan tetapi urusan saya sangat dipermudahkan. Urusan saya untuk mendapatkan tandatangan sangatlah mudah dan cepat. Alhamdulillah.
Selesai mendapatkan tandatangan, saya pulang ke pejabat dan berjumpa dengan Puan Lily untuk mengurusakan dokumen-dokumen yang akan Puan Lily bantu untuk hantar ke IPO Kuantan. Puan Lily agak kesibukan dimana beliau mempunyai kelas pada hari esok (Jumaat) dan akan menghantar dokumen saya pada hari Isnin depan. Terima kasih Dr Mohamad Azmi banyak membantu saya menyiapkan copyright saya dn juga Puan Lily yang membantu hantar dokumen saya ke MyIPO.
No comments:
Post a Comment