Tuesday, October 5, 2021

Hari Ketiga belas 6 Oktober 2021

 Pada pagi ini, Dr Mohamad azmi memanggil saya ke bilik beliau untuk menguruskan program wakaf buku. Saya diminta untuk mengisi google form untuk semua penderma untuk tujuan rekod and e-sijil kepada perpustakaan. Saya mewakili fakulti perakaunan mengisi google form. Ketika ini, belum kesemua pensyarah yang belum memberi buku-buku mereka untuk diwakafkan, jadi saya mendaftarkan nama-nama yang ada dahulu. 


Selesai mendaftar, saya pulang ke pejabat untuk menyambung minit mesyuarat yang tergendala pada hari semalam. Selain itu, Dr Mohammad Azmi meminta saya untuk memberi peringatan kepada pensyarah-pensyarah yang masih belum memberi buku untuk diwakafkan. Jadi, saya menelefon setiap sorang pensyarah untuk mengingatkan mereke. 

Selesai jam makan tengahari, saya, Dr Mohamad Azmi, Encik Azizi dan Puan Syazwani wakil dari fakulti perakaunan untuk membawa buku-buku yang akan diserahkan kepada Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka. Kami menaiki kereta Puan Syazwani kerana mempunyai 107 buah buku yang fakulti perakaunan wakafkan kepada perpustakaan. 




Selesai menghantar buku-buku ke Perpustakaan, Dr Mohamad Azmi meminta saya menyiapkan minit mesyuarat yang tertangguh untuk beliau menyemak. 

No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...