Harini tiba masa saya bekerja di pejabat, jadi pagi awal pagi, saya menghadiri Mesyuarat Khas Penilaian Intersesi dimana pelajar intersesi seramai 30 orang pelajar yang lulus manakala hanya seorang pelajar yang gagal.
Dalam Mesyuarat ini saya berfungsi sebagai pencatat minit dan setelah selesai menyuarat, saya terus membuat minit mesyuarat yang saya akan serahkan kepada Dr Mohamad Azmi. Ketika saya membuat minit mesyuarat, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk membuat senarai nama penderma buku untuk Program Wakaf Buku 4.0 anjuran Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Cawangan Jengka. Alhamdulillah semua pensyarah fakulti perakaunan menyumbang buku walaupun tidak banyak, niat tu yang penting.
Ramai pensyarah yang mewakafkan buku-buku mereka untuk perpustakaan dan saya perlu menyenaraikan nama-nama penderma atas tujuane-sijil dan data untuk memudahkan tugasan perputakaan. Apabila kita memudahkan urusan seseorang, Allah akan memudahkan pula urusan-urusan kita.
Pada pukul 4 petang, saya menghadiri satu taklimat dimana ucapan khas oleh Yang Bahagia Naib Canselor bersempena Hari Akademia yang bertemakan " Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya".
No comments:
Post a Comment