Hari Selasa ini saya memulakan kerja saya dengan ke Hal Ehwal Akademik kerana Puan Shima meminta tolong untuk meminta cop dan tandatangan di HEA untuk jadual waktu. Akan tetapi, orang yang menguruskan hal tersebut, tidak hadir dan saya perlu meninggalkan jadual tersebut dan mengambilkan pada sebelah petang.
Jadi, saya pulang ke pejabat dan membuat kerja yang lain iaitu mengemas kini kalenderkerja saya yang sebelum-sebelum ini. Selepas mengemas kini, saya meneruskan kerja saya yang semalam tidak sempat siap, dimana saya perlu membuat senarai fail-fail untuk dilupuskan oleh Puan Jun. Kerja ini memakan masa yang agak lama kerana saya perlu membuka satu demi satu fail yang ada di dalam bilik koordinator ini. Ada juga yang tidak mempunyai fail dan saya perlu menyemak satu demi satu. Bayangkan dokumen-dokumen ini semua sudah cecah 19 tahun dimana saya terjumpa dokumen-dokumen yang dari 2002.
No comments:
Post a Comment