Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya masih meneruskan tugasan editing saya. Ianya memang mengambil masa yang lama dan saya perlu teliti pada penulisan tersebut. Memang seharian saya menghabiskan masa dengan tugasan editing, sedar tak sedar saya sudah seharian dari awal pagi hingga ke petang, saya siapkan tugasan ini. Pada ketika ini, saya berasa sangat tertekan kerana saya terlalu mengambil masa yang lama. Tetapi, Dr Mohamad Azmi sangat memberi dorongan dan tidaklah memberi saya tekanan walaupun beiau memerlukan tugasan ini secepat mungkin untuk beliau menghasilkan buku Jadi, Dr Mohamad Azmi member saya waktu lagi untuk menyiapkan di mana saya menyambung tugasan ini pada hari esoknya. Sebelum ini, saya pernah mengambil cuti, jadi saya ganti balik cuti itu dengan bekerja pada hari sabtu. Nasib baik Dr Mohamad Azmi memberi saya ruang dan waktu lagi untuk menyiapkan.
No comments:
Post a Comment