Setelah cuti panjang, saya kembali bekerja kerana harini saya perlu membuat semula dokumen-dokumen berkenaan copyright. Setelah Puan Lily ke MYIPO Kuantan, staff disana membaiki dokumen yang dihantar dan ternyata dokumen yang saya sediakan pada minggu lepas, salah format. Jadi pada awal pagi, saya mempunyai pembincangan dengan Dr Mohamad Azmi berkenaan dokumen yang perlu dibuat baharu. Dengan ini saya belajar bahawa untuk menghasilkan dokumen yang penting untuk sesuatu program atau kerja, perlulah dibuat dengan teliti dan perlu menyemak beberapa kali untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Kita perlu membiasakan diri kita untuk menyemak sesuatu dokumen dengan secara teliti supaya menjadikan kita seorang yang bagus. Hari demi hari kita kena ada peningkatan dalam diri kita dan yang paling penting, kita kena belajar dan terus belajar bukanlah hanya berhenti pada satu masa.
Semasa saya menyiapkan dokumen untuk copyright, saya belajar cara-cara untuk memohon copyright. Pada mulanya, kita perlu menyediakan Statutory Declaration dan perlu mendapatkan cop di Persuruhjaya Sumpah. Seterusnya, perlu menyediakan borang untuk copyright.
No comments:
Post a Comment