Wednesday, October 13, 2021

Hari Kelapan belas 13 Oktober 2021

 Hari ini Dr Mohamad Azmi menyemak 'Instruction Manual" dan menyuruh saya memperbaikinya. Seharian saya menyiapkan dan membetulkan apa yang dikomen Dr Mohamad Azmi. Beliau membantu saya membuat 'Statutory Declaration' untuk saya hantar ke Pesuruhjaya Sumpah. Dalam pukul 3, saya berjaya menyiapkan manual dan saya meminta Dr Mohamad Azmi untuk menyemak sehingga beliau berpuas hati. Beliau banyak menolong saya dalam menyiapkan manual ini dimana beliau banyak memberi idea-idea dan membetulkan kesilapan saya.

Sebelum itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Azizi yang sanggup meluangkan masa walaupun sibuk dengan kerja dan kelas, untuk menyemak dokumen-dokumen yang saya dan Dr Mohamad Azmi sediakan.

Pada pukul 3 petang, setelah siap semua, saya diarahakan untuk ke Pesuruhjaya Sumpah untuk mendapatkan tandatangan, akan tetapi, nasib tidak menyebelahi saya kerana Peseruhjaya sumpah hanya buka sampai pukul 1 petang sahaja. 



No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...