Thursday, September 30, 2021

Hari Kesembilan 30 September 2021

 Pada hari terakhir bulan September ni, Saya masih lagi menyiapkan tugasan transcribing. Saya sudah menyiapkan 4 episode dimana bagi saya, itu satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana bukan mudah ya untuk meyiapkan walaupun 1 episode. Saya perlu mengulang semula video untuk mendapatkan percakapan yang jelas. Itu sebab saya mengambil masa yang lama untuk satu episode sahaja. 




Sedang menyiapakn tugasan transcribing, Dr Mohamad Azmi memberi tugasan untuk membuat Kertas kerja untuk program Malam Pra Graduan 2022 dan Majlis Kecemerlangan Akademik 2022. Tetapi ini baru untuk merangka kertas kerja, kerana Dr Mohamad Azmi belum mendapatkan maklumat-maklumat tentang program tersebut.



Setelah selesai membuat kerangka Kertas kerja, saya menolong kerja-kerja Dr Mohamad Azmi dimana saya membuat spreedsheet untuk menulis details buku yang untuk program wakaf buku dan mengagihkan jadual waktu kepada pigeon hole pensyarah.


Wednesday, September 29, 2021

Hari Kelapan 29 September 2021

Setelah seminggu lebih Work From Home, Harini saya perlu masuk ke pejabat kerana arahan rektor sudah dikerluarkan untuk memasuki pejabat, tetapi tidaklah melebihi 80%  dalam suatu masa. Jadi pada awal pagi saya sampai, Paun Junaidah datang membantu saya membuka bilik untuk saya dan membantu saya mengemas bilik yang sudah lama tidak dibuka, semestinya berhabuk dan banyak tahi cicak, dan juga bersawang. Jadi saya membersihkan menggunakan vaccum yang Puan Junaidah bawakan untuk saya. Puan Junaidah sangat membantu saya. Selepas kami mengemas bilik, Puan Junaidah membawa saya pusing bangunan pensyarah dan menunjukkan tempat-tempat yang penting seperti surau, bilik air, bilik-bilik pensyarah dan sebagainya, dan juga  membawa saya sampai ke Blok Pentadbiran. 





Selesai mengemas dan mengenal tempat, saya meneruskan tugasan saya iaitu transribing. Masih belum menyiapkannya kerana sangatlah banyak, tapi harini saya hanya fokuskan untuk menyiapkan tugasan transcribing. 

Walaupun banyak lagi tugasan transcribing yang masih belum siap, tetapi harini saya sangat gembira kerana dapat bekerja dari pejabat, dan saya dapat bilik sendiri yang sangat selesa untuk saya menyiapkan tugasan-tugasan saya, pihak fakulti perakaunan sangat memberi fasiliti yang terbaik kepada saya walaupun saya hanya pelajar praktikal. 






Tuesday, September 28, 2021

Hari Ketujuh 28 September 2021

Pada awal pagi, saya membuat pembetulan pada minit mensyuarat dimana semalam saya meminta bantuan Cik Naiqah untuk menyemak dan menegur kesalahan yang saya buat di minit meyuarat. Jadi Cik Naqiah banyak membantu dan menegur kesalahan-kesalahan saya buat, dan segera saya betulkan semula.

Seterusnya, saya diberi tugasan untuk mencari tentang Penjanaan pendapatan universiti. Jadi Pada belah pagi, saya telah membaca beberapa journal tentang penjanaan pendapatan universiti. Setelah itu saya buat slides utuk dibentangkan kepada Dr Mohamas Azmi dan Puan Junaidah. Saya perlu mengambil perkara-perkara yang penting berkaitan dengan penjanaan pendapatan dan jadikan slide presentation. 





saya memakan masa yang agak lama kerana saya membaca, memahami barulah saya meletakkan di dalam slide presentation. Sepatutnya saya membuat pembentangan dengan Dr Mohamad Azmi dan Puan Junaidah, tatapi disebakan hal yang tidak dapat dielakkan oleh mereka, saya perlu mencari lagi aktiviti-akiviti penjanaa pendapatan daripada Universiti lain selain UITM. 

Selesai menyiapkan tugasan penjanaan pendapatan universiti, saya menyiapkan tugasan transcribing yang saya belum menyambung membuatnya. Pada ketika ini, saya sudah membuat 1 episode lagi dan masih banyak episode yang belum sempat saya buat. 

Monday, September 27, 2021

Hari Keenam 27 September 2021.

 Harini saya diberi tugas untuk membuat dan menyemak minit mesyuarat dari awal pagi, tetapi disebabkan saya belum pernh membuat minit mesyuarat sebelum ini, saya mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkannya. Seharian saya membuat minit mesyuarat kerana saya perlu melihat semula rakaman mesyuarat dan mengeluarkan topik-topik utama dan perlu mengetahui setiap apa yang dicadangkan oleh semua pensyarah. Disebabakan saya juga tidak mengetahui banyak perkataan yang saya belum biasakan seperti KPI, CQI dan sebagainya. Sepatutnya saya perlu menyiapakn minit mesyuarat ini sebelum makan tengahari, tetapi saya mengalami permasalahan untuk membuat minit mesyuarat, jadi saya terpaksa untuk mencuri masa untuk transcribing pada belah petang. Saya akan belajar untuk membuat minit mesyuarat dengan lebih cekap dan pantas. 

Pada Jam 12 Tengahari, Dr Mohamad Azmi mengadakan perjumpaan dengan saya dimana beliau memantau pekerjaan saya. Beliau memberi komen setiap kerja yang saya lakukan. Untuk kerja transribing, Dr Mohamad Azmi memuji dengan kerja saya kerana saya sudah membuat transcribing dengan betul walaupun saya hanya trasribing baru episode kedua. Beliau sangatlah seorang yang menyokong dan memberi kata-kata yang positif.  Untuk tugasan minit mesyuarat, beliau menyuruh siapakan dan menyiapkan tugasan tersebut dengan santai sahaja, selepas selesai, saya boleh meminta pertolongan Cik Naqiah dimana beliau setiusaha yang menyiapkan tugasan minit mesyuarat sebelum ini. Saya akan meminta Cik Naqiah untuk memberitahu mana yang salah dan sebagainya. Dr Mohamad Azmi juga membertitahu secara perincian tugasan-tugasan yang bakal saya buat.



Dr Mohamad Azmi juga memberitahu beliau akan membuat satu Kuiz Akaun untuk menarik lagi minat pelajar dalam jurusan perakaunan dan saya diberitahu saya akan membuat soalan-soalan untuk Quiz tersebut. Ini baru perancangan yang bakal dibuat kelak. Jadi harini tidaklah menarik bagi saya kerana saya mengambl masa yang sangat banyak hanya untuk menyiapkan minit mesyuarat. Jadi saya akan memperbaiki untuk masa yang akan datang.

Thursday, September 23, 2021

Hari Kelima 24 September 2021

 Hari ini saya diberti tugas untuk merakam video berkaitan dengan kegunaan Chromebook. Sudah dekat seminggu saya menggunakan Chromebook yang disediakan oleh Dr Mohamad Azmi kepada saya. Selama seminggu juga saya menggunakan Chromebook dalam aktiviti harian saya, ianya sangat memudahkan pekerjaan saya kerana di situ semuanya ada dimana saya boleh menggunakan documen, dan sebagainya. untuk kegunaan mesyuarat, saya boleh menggunakan google meet di Google dan ianya sangat memudahkan segalsa urusan. Jadi saya memberi sedikit penjelasan terhadap chromebook dan selepas merakam video dan edit, saya menyambung tugasan transribing yang tertangguh semalam. Memang proses transcribing memakan masa yang agak lama, jadi saya buat ketika ada masa yang free. 





Pada belah petang, saya mengahadiri Mesyuarat Khas Fakulti Perakanan Negeri dan tugasan saya adalah untuk membuat minit mensyuarat. Walaupun dalam mesyuarat saya tidak berapa paham, tapi saya lihat bagaiman sesebuah fakulti itu berjalan. Jadi saya boleh menambahkan pengetahuan saya tentang fakulti. Pensyarah-pensyarah membincangkan tentang aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja yang mereka rangka untuk kegunanan sem hadapan. Saya berasa bangga  dengan pensyarah-pensyarah yang selalu memberi yang terbaik kepada pelajar-pelajar, dan mengambil berat tentang hal pelajar walaupun pelajar sendiri yang kadang kala membauat hal. Saya berterima kasih kepada semua pensyarah yang sudah meberi ilmu kepada kita semua, tanpa pendidik, siapalah kita.





Wednesday, September 22, 2021

Hari Keempat 23 September 2021

Hari keempat saya diberi tugasan untuk transcribing semula apa yang saya buat semalam. Saya agak kurang faham dan Dr Mohamad Azmi sudah terangkan secara terperinci pada pagi tadi. Apa yang memeranjatkan saya ialah, saya menjadi ahli kumpulan AOTB untuk ke pertandingan Inovasi Invide 2021. Selepas itu saya menghadiri mesyuarat untuk kumpulan Innovasi yang diberi nama International Virtual Expo of Innovation Product System Design 2021(IN-VIDE) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Dalam mesyuarat, Dr Azmi membahagikan tugasan kepada yang lain dan saya diberi tugasan untuk menolong Puan Norlaila dan Nurul Hassanah membuat persiapan video untuk acara tersebut. Pada pengakhiran mesyuarat, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk membuat minit mesyuarat.


Sementara menunggu mesyuarat yang seterusnya, saya menyambung tugasan transcribing dimana saya perlu buat dari awal. Video yang disediakan mempunyai 7 eepisode berkenaan dengan memanah. Pada pukul 11, saya menghadiri mesyuarat bersama Cik Naqiah dimana saya belum berkenalaan dengan beliau. Sambil bermesyuarat, kami berkenalan dahulu dan barulah kami mula bersembang hal kerja. Cik Naqiah diberi arahan oleh Dr Mohamad Azmi untuk mengajar saya untuk membuat minit mesyuarat kerana saya perlu mengambil alih tugas Cik Naqiah  untuk membuat minit mesyuarat. Cik Naqiah memberitahu bahawa mesyuarat terbahagi kepada dua dimana yang pertama mesyuarat bulanan dan mesyuarat khas. Mesyuarat bulanan fakulti diadakan pada setiap hujung bulan manakala mesyuarat khas diakan apabila Dr Mohamad Azmi ingin membuat mesyuarat segera. Cik Naqiah menjelaskan bahawa minit mesyuarat ini boleh dikatakan fungsinya sebagai take note dalam mesyuarat. Beliau juga mengingatkan saya untuk membuat memo sebelum mesyuarat bermula sebagai peringatan bahawa hari tersebut ada mesyuarat. Beliau memberitahu minit mesyuarat ini juga sebagai rumusan kepada mesyuarat yang diadakan dan Dr Mohmad Azmi selalunya meminta minit mesyuarat pada mesyuarat yang akan datang. Cik Naqiah menyertakan juga contoh minit mesyuarat, contoh notis mesyuarat dan juga garis panduan mesyuarat.


Selesai semua mesyuarat, saya sambung kembali dengan transcribing. Proses ini mengambil masa yang agak lama, tetapi tidak mengapa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Memang Dr Mohamad Azmi juga memberitahu bahawa proses transcribing memakan masa yang lama kerana kita perlu teliti untuk menyalin apa yang disampaikan dalam video tersebut. Cumanya sedikit keburukan proses transcribing dimana apa yang disampaikan di dalam video dan orang yang mendengarnya tidak sama. Oleh kerana itu, saya perlu mengulang semula apa yang disampaikan  supaya tidaklah salah faham dan salah salin. Disitu saya perlu banyak bersabar dan perlahan-lahan menyiapkan transcribing dengan berjaya.

Tuesday, September 21, 2021

Hari Ketiga 22 September 2021

 Harini saya sambung berkenalan dengan Puan Junaidah Jamaluddin dan juga Puan Nurul Afzan Najid yang tidak berkesempatan untuk berbual semalam. Puan Junaidah seorang koordinartor kursus perakaunan. Beliau memberitahu tugas koordinator adalah mengurus tugas-tugas pensyarah di fakulti dan jugadipanggil sebagai amanah tugas akademik pensyarah. Beliau juga akan menguruskan apa yang berkaitan dengan kursus dan juga tugasan beliau untuk membuat soalan-soalan kuiz pelajar. Beliau juga yang akan menentukan siapa yang akan menyemak soalan yang dibuat oleh pensyarah. Beliau memberithu bahawa beliau juga pensyarah yang mengajar Financial Accounting Part 4 untuk Pelajar Diploma dan untuk Pelajar ijazah, beliau mengajar untuk kursus Ofice Managment. 

Seterusnya Puan Nurul Afzan Najid diamana beliau sekarang berada di UITM Raub. Beliau mempunyai Ijazah dalam bidang perakaunan di Universiti Utara Malaysia dan Master dalam perakaunan di UITM Shah Alam. Beliau sekarang sebagai penolong koordinator dimana beliau membantu dari segi jadual. Beliau juga seorang pensyarah yang mengajar ACC 117 dan ACC 116 iaitu Introduction Financial Accounting dan Introduction Costing Accounting. Beliau sudah berkhidmat selama 6 tahun dan beliau juga seorang Resource Person dimana beliau seorang ketua untuk sesuatu sistem untuk satu saubjek.

Selepas selesai menelefon pensyarah, saya belajar cara untuk mentranskrip dengan baik. Dalam video yang saya sudah tonton, terdapat pendekatan utama untuk mentraskripsikan data temu bual kualitatif dengan cara 'naturalism' dan 'denaturalism'. Naturalisme ini bermaksud gerakan falsafah yang memperlihatkan tafsiran realiti tertentu, mutlak dan boleh dipercayai. Oleh itu, naturalism memperbanyakkan realiti , dari perspektif objektif, menjelaskan setiap perincian termasuk yang mungkin tidak menyenangkan bagi kebanyakan orang, untuk memdedahkan dan menjelaskan tingkah laku manusia. 

Selain itu, Denatularism pula berpendapat bahawa untuk menyampaikan makna dan isi perbualan tetapi tidak semestinya dengan cara yang disediakan. Dengan kata mudah, Denaturalism ini lebih kepada penjelasan yang jelas, lancar dan fasih. Intipati video juga membincangkan bagaimana pandangan falsafah dunia seperti positivisme, mempunyai pengaruh terhadap cara mentranskripsikan temubual.

Kemudian, saya juga diberi tugasan menyalin di mana saya perlu menonton Siri Trak 3 Tan yang mengegarkan dunia. Saya perlu menonton 7 video dimana menceritakan sejarah memanah di Malaysia. Memanah di Malaysia bermula pada tahun 1964 dimana pelajar-pelajar sekolah St.John's Institutions telah memulakan sukan memanah di sekolah tersebut. Dari situlah lahirnya ramai pemanah Malaysia antaranya ialah Remy Yap dan John Lee. Remy Yap seorang pemanah kebangsaan Malaysia yang memenangi pingat di sukan Asia ke-8, Bangkok 9-20 Disember 1978. Bermulanya dari St. John Archery Club ketika remaja dan Selangor Bowman Club ketika dewasa.Jurulatih di Kelas tersebut ketika itu ialah Major Joe Tan. Beliau seorang yang tidak berkelulusan tetapi melalui pengalaman dan jugak buku yang ditulis belia, melayakkan beliau menjadi seorang jurulatih.Pada 1974, kumpulan memanah menubuhkan National Archery Association of Malaysia (N.A.A.M) dan dapat berdaftar di bawah World Archery Federation. Trak 3 Tan ini dimana semua anggota angkatan tentera darat dan juga tentera laut diraja yang mengembangkan sukan memanah di mata Malaysia.



Selain itu, seorang pemanah kebangsaan iaitu Yap Lee Fui menceritakan sejarah beliau menyertai kumpulan memanah sehinggalah mendapat gelaran Wira Memanah Negara. Beliau orang yang pertama membwa pulang medal di sukan Asia. Bermula pada tahun 1964, dimana beliau ketika itu bersekolah di Melaka dan sering mengikuti abangnya yang belajar di St. John's Institutuion. Disebabkan mereka sangat berminat terhadap sukan memanah, mereka mengikuti St.John's Team untuk menjadi pemanah. Yap Lee Fui pernah memasuki satu acara Pesta Singapore dimana beliau telah memenangi dalam acara tersebut. Ketika berumur 16 tahun, beliau menyertai Selangor Bowman Club. Suatu ketika apabila Bowman Club dibubarkan, mereka membentuk satu kelab baru iaitu Selangor Bowman itu sendiri. Pada tahun 1977, beliau menyertai Sukan Sea ke-9 di Kulala Lumpur. Ketika itu, beliau memasuki acara memanah dan menembak dalam satu masa. Apa yang membuatkan saya sangat mengagumi pemanah pemanah ketika itu, di aman mereka sukar untuk mendapatkan peralatan yang mencukupi kerana ketika itu Malaysia masih belum mempunyai peralatan memanah. Jadi mereka perlu membelinya dia Singapura dan dimana Yap Lee sendiri memberitahu dimana mereka sendiri yang membuat dan mereka peralatan sendiri. Oleh kerana minat dan semnagat yang tinggi, walaupun tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, mereka masih boleh terus beratih memanah hingga ke peringkat kebangsaan.




Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...