Thursday, September 23, 2021

Hari Kelima 24 September 2021

 Hari ini saya diberti tugas untuk merakam video berkaitan dengan kegunaan Chromebook. Sudah dekat seminggu saya menggunakan Chromebook yang disediakan oleh Dr Mohamad Azmi kepada saya. Selama seminggu juga saya menggunakan Chromebook dalam aktiviti harian saya, ianya sangat memudahkan pekerjaan saya kerana di situ semuanya ada dimana saya boleh menggunakan documen, dan sebagainya. untuk kegunaan mesyuarat, saya boleh menggunakan google meet di Google dan ianya sangat memudahkan segalsa urusan. Jadi saya memberi sedikit penjelasan terhadap chromebook dan selepas merakam video dan edit, saya menyambung tugasan transribing yang tertangguh semalam. Memang proses transcribing memakan masa yang agak lama, jadi saya buat ketika ada masa yang free. 





Pada belah petang, saya mengahadiri Mesyuarat Khas Fakulti Perakanan Negeri dan tugasan saya adalah untuk membuat minit mensyuarat. Walaupun dalam mesyuarat saya tidak berapa paham, tapi saya lihat bagaiman sesebuah fakulti itu berjalan. Jadi saya boleh menambahkan pengetahuan saya tentang fakulti. Pensyarah-pensyarah membincangkan tentang aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja yang mereka rangka untuk kegunanan sem hadapan. Saya berasa bangga  dengan pensyarah-pensyarah yang selalu memberi yang terbaik kepada pelajar-pelajar, dan mengambil berat tentang hal pelajar walaupun pelajar sendiri yang kadang kala membauat hal. Saya berterima kasih kepada semua pensyarah yang sudah meberi ilmu kepada kita semua, tanpa pendidik, siapalah kita.





No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...