Monday, September 27, 2021

Hari Keenam 27 September 2021.

 Harini saya diberi tugas untuk membuat dan menyemak minit mesyuarat dari awal pagi, tetapi disebabkan saya belum pernh membuat minit mesyuarat sebelum ini, saya mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkannya. Seharian saya membuat minit mesyuarat kerana saya perlu melihat semula rakaman mesyuarat dan mengeluarkan topik-topik utama dan perlu mengetahui setiap apa yang dicadangkan oleh semua pensyarah. Disebabakan saya juga tidak mengetahui banyak perkataan yang saya belum biasakan seperti KPI, CQI dan sebagainya. Sepatutnya saya perlu menyiapakn minit mesyuarat ini sebelum makan tengahari, tetapi saya mengalami permasalahan untuk membuat minit mesyuarat, jadi saya terpaksa untuk mencuri masa untuk transcribing pada belah petang. Saya akan belajar untuk membuat minit mesyuarat dengan lebih cekap dan pantas. 

Pada Jam 12 Tengahari, Dr Mohamad Azmi mengadakan perjumpaan dengan saya dimana beliau memantau pekerjaan saya. Beliau memberi komen setiap kerja yang saya lakukan. Untuk kerja transribing, Dr Mohamad Azmi memuji dengan kerja saya kerana saya sudah membuat transcribing dengan betul walaupun saya hanya trasribing baru episode kedua. Beliau sangatlah seorang yang menyokong dan memberi kata-kata yang positif.  Untuk tugasan minit mesyuarat, beliau menyuruh siapakan dan menyiapkan tugasan tersebut dengan santai sahaja, selepas selesai, saya boleh meminta pertolongan Cik Naqiah dimana beliau setiusaha yang menyiapkan tugasan minit mesyuarat sebelum ini. Saya akan meminta Cik Naqiah untuk memberitahu mana yang salah dan sebagainya. Dr Mohamad Azmi juga membertitahu secara perincian tugasan-tugasan yang bakal saya buat.



Dr Mohamad Azmi juga memberitahu beliau akan membuat satu Kuiz Akaun untuk menarik lagi minat pelajar dalam jurusan perakaunan dan saya diberitahu saya akan membuat soalan-soalan untuk Quiz tersebut. Ini baru perancangan yang bakal dibuat kelak. Jadi harini tidaklah menarik bagi saya kerana saya mengambl masa yang sangat banyak hanya untuk menyiapkan minit mesyuarat. Jadi saya akan memperbaiki untuk masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...