Sunday, September 19, 2021

Welcome to my blog

Nama diberi Noor Batrisya binti Mohmad Badli, berumur 23 tahun. Saya Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dan Kewangan di Kolej Poly-Tech Mara  (KPTM) Bangi. Sebelum ini saya Diploma dalam perakaunan di KPTM dan pernah menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat perakaunan dimana saya diberi tugasan untuk mencatat semua dokumen. Nama syarikat yang saya menjalani latihan industri ialah Zailan & Associates yang terletak di Kuala Lumpur. Syarikat tersebut membuat akaun untuk stesen-stesen minyak seperti petronas, shell, petron, bhp dan lain-lain. 

Jadi, untuk ijazah sarjana muda, saya memilih UITM Cawangan Pahang sebagai tempat latihan insudtri walaupun sudah saya ketahui UITM Cawangan Pahang lebih fokus kepada pengurusan fakulti itu sendiri. Saya ingin mengetahui bagaimana subjek perakaunan dalam bidang akademik. Saya harap saya dapat lagi ilmu bukan sahaja saya tahu bagaimana sesuatu firma akaun berfungsi tetapi juga dalam segi akademik. Saya juga harap saya dapat pelajari benda baharu yang mungkin selama ini saya tidak pernah tahu dan tidak pernah terfikir bagaimana fakulti perakaunan ini berjalan.

No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...