Pada awal pagi, saya membuat pembetulan pada minit mensyuarat dimana semalam saya meminta bantuan Cik Naiqah untuk menyemak dan menegur kesalahan yang saya buat di minit meyuarat. Jadi Cik Naqiah banyak membantu dan menegur kesalahan-kesalahan saya buat, dan segera saya betulkan semula.
Seterusnya, saya diberi tugasan untuk mencari tentang Penjanaan pendapatan universiti. Jadi Pada belah pagi, saya telah membaca beberapa journal tentang penjanaan pendapatan universiti. Setelah itu saya buat slides utuk dibentangkan kepada Dr Mohamas Azmi dan Puan Junaidah. Saya perlu mengambil perkara-perkara yang penting berkaitan dengan penjanaan pendapatan dan jadikan slide presentation.
No comments:
Post a Comment