Thursday, October 28, 2021

Hari Ketiga Puluh 29 Oktober 2021

 Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya masih meneruskan tugasan editing saya. Ianya memang mengambil masa yang lama dan saya perlu teliti pada penulisan tersebut. Memang seharian saya menghabiskan masa dengan tugasan editing, sedar tak sedar saya sudah seharian dari awal pagi hingga ke petang, saya siapkan tugasan ini. Pada ketika ini, saya berasa sangat tertekan kerana saya terlalu mengambil masa yang lama. Tetapi, Dr Mohamad Azmi sangat memberi dorongan dan tidaklah memberi saya tekanan walaupun beiau memerlukan tugasan ini secepat mungkin untuk beliau menghasilkan buku Jadi, Dr Mohamad Azmi member saya waktu lagi untuk menyiapkan di mana saya menyambung tugasan ini pada hari esoknya. Sebelum ini, saya pernah mengambil cuti, jadi saya ganti balik cuti itu dengan bekerja pada hari sabtu. Nasib baik Dr Mohamad Azmi memberi saya ruang dan waktu lagi untuk menyiapkan.



Akhirnya saya menyiapkan tugasan itu walaupun saya lambat dan perlukan bekerja pada hari sabtu. Saya amat bangga dengan diri saya kerana mampu menyiapkan tugasan yang sukar kerana saya tidak mempunyai kemahiran untuk membuatnya.


Wednesday, October 27, 2021

Hari Kedua Puluh Sembilan 28 Oktober 2021

 Setelah diberi kesihatan semula, saya meneruskan perjualan praktikal. seteleah memasuki pejabat, Dr Mohamad Ami memberi tugasan editing kepada saya. Fakulti perakaunan ini akan mengahasilkan sebuah buku. Skrip sudah mereka siapkan, jadi Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk menyemak ejaan dan penggunaan ayat dalam skrip tersebut. Pada mulanya, saya agak takut kerana hal ini bukan bidang saya, tapi saya percaya saya akan belajar benda baru, jadi saya ambil ini sebagai benda baru untuk saya pelajari. walaupun saya tidak mahir, saya cuba belajar dan mencari di google dan bertanya kepada kawan-kawan yang mahir dalam bidang ini. Terima kasih kepada sahabat baik saya iaitu Munirah, di mana beliau seorang pelajar jurusan sastera di UPM. Beliau banyak membantu saya dan melayan saya apabila saya menanyakan tentang penggunaan ayat dan sebagainya.



Saya memang mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan ini kerana skrip ini mempunyai 100 helai depan belakang dan saya perlu membaca ayat demi ayat supaya tidak terlepas pandang.


Tuesday, October 26, 2021

Hari Kedua Puluh Lapan 27 Oktober 2021

 Harini saya tak berapa sihat, saya diserang Migrain yang teruk. Lepas subuh saya terus maklumkan Dr Mohamad Azmi untuk MC pada harini. Apabila keadaan saya agak sedikit sihat, saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan.








Hari Kedua puluh tujuh 26 Oktober 2021

 Hari Selasa ini saya memulakan kerja saya dengan ke Hal Ehwal Akademik kerana Puan Shima meminta tolong untuk meminta cop dan tandatangan di HEA untuk jadual waktu. Akan tetapi, orang yang menguruskan hal tersebut, tidak hadir dan saya perlu meninggalkan jadual tersebut dan mengambilkan pada sebelah petang. 




 Kebetulan saya ke HEA, saya ke Penyelidikan Jaringan Industri (PJI) untuk mengambil kad praktikal saya untuk memudahkan urusan selama tempoh praktikal.



Jadi, saya pulang ke pejabat dan membuat kerja yang lain iaitu mengemas kini kalenderkerja saya yang sebelum-sebelum ini. Selepas mengemas kini, saya meneruskan kerja saya yang semalam tidak sempat siap, dimana saya perlu membuat senarai fail-fail untuk dilupuskan oleh Puan Jun. Kerja ini memakan masa yang agak lama kerana saya perlu membuka satu demi satu fail yang ada di dalam bilik koordinator ini. Ada juga yang tidak mempunyai fail dan saya perlu menyemak satu demi satu. Bayangkan dokumen-dokumen ini semua sudah cecah 19 tahun dimana saya terjumpa dokumen-dokumen yang dari 2002. 





Punyalah fokus saya membelek dokumen, saya terlupa akan perjumpaan bersama KPP dan Koordinator. Saya pun terus ke bilik Dr Mohamad Azmi dan kami membincangkan hal-hal yang berkaitan. Selepas lunch hour, saya ke HEA semula untuk mengambil jadual waktu akan tetapi di kaunter tersebut, masih tidak ada orang, jadi saya akan telefon terlebih dahulu pada esok pagi untuk sebelum saya mengambilnya. Setelah kembali ke pejabat, saya menyambung semula kerja membuat senarai fail-fail tersebut. Akhirnya siap dan saya sudah mengantar ke Puan Junaidah.


Sunday, October 24, 2021

Hari Kedua puluh enam 25 Oktober 2021

 Pada harini, saya half day dimana saya mendapat kebenaran untuk membawa mak saya ke poliklinik untuk pemeriksaan bulanan di klinik. Jadi saya memasuki pejabat pada sebelah petang kerana sebelah pagi saya ada urusan peribadi. 


Setelah memasuki pejabat, Puan Junaidah meminta tolong saya untuk membuat senarai fail-fail yang ada di bilik koordinator ini untuk tujuan pelupusan. Fail-fail ini sudah lebih dari 10 tahun dan ianya perlu dilupuskan. Disebabkan Dr Mohamad Azmi cuti pada hari ini, jadi saya menolong Puan Junaidah untuk menyiapkan senarai fail-fail. 






Friday, October 22, 2021

Hari Kedua puluh lima 22 Oktober 2021

 Pada pagi yang mendung ini, saya mulakan hari dengan menganalisa perjumpaan dengan PA.  Selesai tugasan tersebut, Dr Mohamad Azmi meminta saya menyemak nama-nama pelajar yang tidak hadir pada perjumpaan PA pada minggu pertama dan kedua. Selesai menyemak, saya perlu menghantar email kepada pelajar yang tidak hadir dan memberi amaran kepada mereka.


 Ada yang tidak hadir pada minggu pertama sahaja, da juga yang tidak hadir pada kedua-dua minggu. Saya paham mungkin pelajar tersebut tidak mempunyai peranti internet yang kuat ataupun masalah lain, tetapi sebagai seorang pelajar, kita perlulah berusaha untuk menghadirkan diri dalam semua kelas mahupun perjumpaan bersama PA. Nak seribu daya, taknak seribu dalih bukan? Kesian la pensyarah-pensyarah yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk kamu pelajar supaya cemerlang dan graduate dengan jayanya. Pensyarah seboleh-bolehnya membantu kita sebagai pelajar, tetapi tidak guna juga jika pelajar tersebut tidak menolong dirinya sendiri untuk berjaya.

Wednesday, October 20, 2021

Hari Kedua puluh empat 21 Oktober 2021

 Pagi sebelah pagi, saya menyiapkan kerja menyemak ayat yang diberikan oleh Dr Mohamad Azmi semalam. Saya takdan menyiapkan kerana saya perlu membaca setiap perkataan untuk saya semak ejaan dan tatabahasa. Oleh sebab saya bukan seorang yang mahir dengan tatabahasa melayu, jadi saya mengambil masa yang lama untuk menyemak. 


Selesai menyemak, Dr Mohamad Azmi meminta tolong saya untuk pergi ke pejabat pos untuk membeli stem untuk beliau mengepos bahan pembelajaran kepada pelajar-pelajar. Usai membeli stem, saya perlu menulis nama-nama pelajar pada setiap sampul surat. 

 Setelah selesai, saya ke Pejabat Pos untuk saya hantar semua ampul-sampul surat ke dalam peti pos.






Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...