Wednesday, October 20, 2021

Hari Kedua Puluh tiga 20 Oktober 2021

 Setelah cuti panjang, saya kembali bekerja kerana harini saya perlu membuat semula dokumen-dokumen berkenaan copyright. Setelah Puan Lily ke MYIPO Kuantan, staff disana membaiki dokumen yang dihantar dan ternyata dokumen yang saya sediakan pada minggu lepas, salah format. Jadi pada awal pagi, saya mempunyai pembincangan dengan Dr Mohamad Azmi berkenaan dokumen yang perlu dibuat baharu. Dengan ini saya belajar bahawa untuk menghasilkan dokumen yang penting untuk sesuatu program atau kerja, perlulah dibuat dengan teliti dan perlu menyemak beberapa kali untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. 

Kita perlu membiasakan diri kita untuk menyemak sesuatu dokumen dengan secara teliti supaya menjadikan kita seorang yang  bagus. Hari demi hari kita kena ada peningkatan dalam diri kita dan yang paling penting, kita kena belajar dan terus belajar bukanlah hanya berhenti pada satu masa. 

Semasa saya menyiapkan dokumen untuk copyright, saya belajar cara-cara untuk memohon copyright. Pada mulanya, kita perlu menyediakan Statutory Declaration dan perlu mendapatkan cop di Persuruhjaya Sumpah. Seterusnya, perlu menyediakan borang untuk copyright. 




Setelah mendpatkan cop di Pesuruhjaya sumpah, saya perlu menghantar dokumen-dokumen ini melalui pos kerana sekarang tidak perlu lagi ke Kuantan. Bayaran juga boleh dibuat melalui cek tidak perlu lagi ke kaunter, 


 Apabila selesai menyiapakn dokumen-dokumen yang perlu dihantar, saya ke J&T untuk menghantar dokumen-dokumen ini ke MYIPO Kuantan. 


Pada sebelah petang, saya menolong Dr Mohamad Azmi dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan keranian dan selepas itu, saya perlu menyemak ejaan dalam catatan yang telah diedit Dr Mohamad Azmi untuk memastikan betul-betul tiada kesalahan.



Monday, October 18, 2021

Hari Kedua puluh dua 19 Oktober 2021

Salam Maulidur Rasul 1443H tahun 2021. Sambutan Maulidur Rasul 2021 jatuh pada hari Selasa 19 Oktober 2021. Cuti Maulidur Rasul 2021 merupakan cuti umum di seluruh Negara. 

Tema Maulidur Rasul 2021 : Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti


Bersempena sambutan Maulidur Rasul, ambillah peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.  Hidupkan sunnah Rasullullah yang mana mampu untuk kita lakukan. InshaAllah... Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Jom berselawat.




Sunday, October 17, 2021

Thursday, October 14, 2021

Hari Kedua puluh 15 Oktober 2021

 Pada Harini saya kerja setengah hari kerana ada hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pada belah pagi, saya datang ke pejabat untuk menguruskan dokumen-dokumen copyright dan serahkan kepada Puan Lily untuk beliau membawa ke MYIPO Kuantan. Dr Mohamad Azmi meminta tolong Puan Lily untuk menghantar dokumen tersebut ke Kuantan kerana Puan Lily menetap disana.




Wednesday, October 13, 2021

Hari Kesembilan belas 14 oktober 2021

 Pada hari ini saya menyempurnakan tugasan semalam di mana saya perlu ke pejabat Peseruhjaya sumpah untuk menyelesaikan copyright saya. Jadi pagi ini saya ke Pesuruhjaya sumpah dengan hati yang berdebar. Saya bertolak awal 10 minit supaya saya boleh bersiap sedia jika ada apa-apa permasalahan, akan  akan tetapi urusan saya sangat dipermudahkan.  Urusan saya untuk mendapatkan tandatangan sangatlah mudah dan cepat. Alhamdulillah. 


Selesai mendapatkan tandatangan, saya pulang ke pejabat dan berjumpa dengan Puan Lily untuk mengurusakan dokumen-dokumen yang akan Puan Lily bantu untuk hantar ke IPO Kuantan. Puan Lily agak kesibukan dimana beliau mempunyai kelas pada hari esok (Jumaat) dan akan menghantar dokumen saya pada hari Isnin depan. Terima kasih Dr Mohamad Azmi banyak membantu saya menyiapkan copyright saya dn juga Puan Lily yang membantu hantar dokumen saya ke MyIPO. 




Hari Kelapan belas 13 Oktober 2021

 Hari ini Dr Mohamad Azmi menyemak 'Instruction Manual" dan menyuruh saya memperbaikinya. Seharian saya menyiapkan dan membetulkan apa yang dikomen Dr Mohamad Azmi. Beliau membantu saya membuat 'Statutory Declaration' untuk saya hantar ke Pesuruhjaya Sumpah. Dalam pukul 3, saya berjaya menyiapkan manual dan saya meminta Dr Mohamad Azmi untuk menyemak sehingga beliau berpuas hati. Beliau banyak menolong saya dalam menyiapkan manual ini dimana beliau banyak memberi idea-idea dan membetulkan kesilapan saya.

Sebelum itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Azizi yang sanggup meluangkan masa walaupun sibuk dengan kerja dan kelas, untuk menyemak dokumen-dokumen yang saya dan Dr Mohamad Azmi sediakan.

Pada pukul 3 petang, setelah siap semua, saya diarahakan untuk ke Pesuruhjaya Sumpah untuk mendapatkan tandatangan, akan tetapi, nasib tidak menyebelahi saya kerana Peseruhjaya sumpah hanya buka sampai pukul 1 petang sahaja. 



Tuesday, October 12, 2021

Hari Ketujuh Belas 12 Oktober 2021

Setibanya saya di pejabat, Dr Mohamad Azmi memanggil saya ke pejabatnya dan terus menerangkan secara details tentang copyright dan semuanya. Beliau memperkenalkan satu kad yang akan menjadi peralatan untuk pelajar yang lambat untuk faham dan juga pelajar yang tidak mempunyai asas perakauanan ketika di sekolah menengah. 


Dr Mohammad Azmi memberi tugasan kepada saya untuk membuat 'Instruction Manual' untuk membuat copyright. Saya sedikit lambat dan mengambil masa yang lama kerana saya tidak pernah membuat tugasan sedemikian. Dalam masa yang sama, saya belajar untuk membuat manual ini dan juga cara menggunakan kad ini dalam perakaunan, ternyata sangat mudah. Alangkah indah jika saya bertemu dengan peralatan ini ketika saya diploma dahulu, mesti saya akan lebih memahami tentang perakauanan.

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...