Sunday, October 10, 2021

Hari Keenam Belas 11 Oktober 2021

 Pada minggu ini, Dr Mohamad Azmi akan mengajar saya untuk membuat satu Copyright, jadi untuk hari ini, beliau memberi contoh-contoh copyright dan memberitahu copyright yang saya akan buat. Akan tetapi saya Work From Home, agak kesulitan sedikit untuk Dr Mohamad Azmi menerangkan secara teperinci. Jadi, beliau mengambil keputusan untuk berjumpa keesokan hari untuk menerangkan secara teliti lagi apabila saya memasuki pejabat.


Harini ini saya hanya membaca contoh-contoh manual untuk membuat copyright supaya saya lebih memahami dan belajar soalan-soalan berkaitan perakaunan untuk mengingati semula apa tentang perakaunan. 





Friday, October 8, 2021

Hari Kelima Belas 8 Oktober 2021

 Pada Harini, sepatutnya saya Work From Home, akan tetapi saya ada urusan di Kuala Lumpur, jadi saya meminta izin Dr Mohamad Azmi untuk meminta cuti. Dr Mohamad Azmi meluluskan cuti dan akan tetapi, saya perlu mengantikan hari cuti saya dengan menghadiri satu mesyuarat yang bertajuk Jom Buat Copyright. Dalam mesyuarat tersebut, Puan Lily dan Puan Sabariah menerangkan semua yang berkaitan dengan copyright, sebenarnya saya tidak berapa faham akan copyright ni, akan tetapi Dr Mohamad Azmi memberitahu saya akan membuat copyright atas nama saya sendiri pada minggu depan. Jadi di situ nanti saya akan belajar dan memahami apa itu copyright. 


Thursday, October 7, 2021

Hari Keempat Belas 7 Oktober 2021

Padi pagi Khamis, saya menghadiri Taklimat Minggu Education 5.0@UiTM, dimana semua pelajar baharu akan memasuki taklimat tersebut mengikut fakulti masing-masing dan semestinya saya menghadiri taklimat di bawah fakulti perakaunan. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk pelajar mengenal pensyarah-pensyarah yang akan mengajar mereka sepanajang belajar di UiTM. 

Pada sebelah petang, saya sepatutnya menghadiri Sesi 'October Talk with HEA' UiTM Cawangan Jengka, akan tetapi kesihatan Dr Mohamad Azmi tidak mengizinkan beliau untuk menguruskan saya. Jadi, di sini saya mengambil kesempatan untuk menyiapakan blog yang telah lama tinggal kerana tidak sempat untuk mengarang blog pada hari sebelumnya. Kita sama-sama mendoakan kesihatan Dr Mohamad Azmi agar cepat sihat dan kita kena berhati-hati kerana wabak Covid masih lagi wujud di dunia ini walaupun kita tidak nampak dengan mata kasar.

Tuesday, October 5, 2021

Hari Ketiga belas 6 Oktober 2021

 Pada pagi ini, Dr Mohamad azmi memanggil saya ke bilik beliau untuk menguruskan program wakaf buku. Saya diminta untuk mengisi google form untuk semua penderma untuk tujuan rekod and e-sijil kepada perpustakaan. Saya mewakili fakulti perakaunan mengisi google form. Ketika ini, belum kesemua pensyarah yang belum memberi buku-buku mereka untuk diwakafkan, jadi saya mendaftarkan nama-nama yang ada dahulu. 


Selesai mendaftar, saya pulang ke pejabat untuk menyambung minit mesyuarat yang tergendala pada hari semalam. Selain itu, Dr Mohammad Azmi meminta saya untuk memberi peringatan kepada pensyarah-pensyarah yang masih belum memberi buku untuk diwakafkan. Jadi, saya menelefon setiap sorang pensyarah untuk mengingatkan mereke. 

Selesai jam makan tengahari, saya, Dr Mohamad Azmi, Encik Azizi dan Puan Syazwani wakil dari fakulti perakaunan untuk membawa buku-buku yang akan diserahkan kepada Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka. Kami menaiki kereta Puan Syazwani kerana mempunyai 107 buah buku yang fakulti perakaunan wakafkan kepada perpustakaan. 




Selesai menghantar buku-buku ke Perpustakaan, Dr Mohamad Azmi meminta saya menyiapkan minit mesyuarat yang tertangguh untuk beliau menyemak. 

Monday, October 4, 2021

Hari Kedua belas 5 oktober 2021

 Harini tiba masa saya bekerja di pejabat, jadi pagi awal pagi, saya menghadiri Mesyuarat Khas Penilaian Intersesi dimana pelajar intersesi seramai 30 orang pelajar yang lulus manakala hanya seorang pelajar yang gagal. 



Dalam Mesyuarat ini saya berfungsi sebagai pencatat minit dan setelah selesai menyuarat, saya terus membuat minit mesyuarat yang saya akan serahkan kepada Dr Mohamad Azmi. Ketika saya membuat minit mesyuarat, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk membuat senarai nama penderma buku untuk Program Wakaf Buku 4.0 anjuran Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Cawangan Jengka. Alhamdulillah semua pensyarah fakulti perakaunan menyumbang buku walaupun tidak banyak, niat tu yang penting. 

Ramai pensyarah yang mewakafkan buku-buku mereka untuk perpustakaan dan saya perlu menyenaraikan nama-nama penderma atas tujuane-sijil dan data untuk memudahkan tugasan perputakaan. Apabila kita memudahkan urusan seseorang, Allah akan memudahkan pula urusan-urusan kita.

Pada pukul 4 petang, saya menghadiri satu taklimat dimana ucapan khas oleh Yang Bahagia Naib Canselor bersempena Hari Akademia yang bertemakan " Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya".




Sunday, October 3, 2021

Hari Kesebelas 4 oktober 2021

Dr Mohamad Azmi memberi saya Work From Home selama dua hari seminggu, jadi saya memilih hari isnin dan hari jumaat saya bekerja di rumah. Jadi harini bekerja dirumah di mana saya menghadiri pembentangan Data Invide 2021 yang akan dibentang oleh Cik Humairaa, Cik Hassanah dan Cik Suliza.


Tajuk untuk kertas kerja dari data ialah " Is basic level game based approach suitable for accounting students with previous accounting knowledge?'. Apa yang Dr Mohamad Azmi rumuskan dari pembentangan ialah tanpa kita sedar, hakikat realiti dan pencarian yang kita harapkan kadangkala pahit dan tidak mengikut apa yang kita rancang, jadi kita perlu mempunyai rancangan lain. Jadi pengajaran yang terbesar di sini, janganlah buat saat akhir dan bertapa pentingnya pilot study untuk menyempurnakan research itu. 


Friday, October 1, 2021

Hari Kesepuluh 3 Oktober 2021

Pada hari yang mulia ini, hari Jumaat, saya datang ke pejabat dengan hati yang gembira, di mana saya bertekad untuk menyapakan semua kerja transcribing saya pada hari ini juga. Pada awal pagi, saya membuat tugasa video dima Dr Mohamad Azmi meminta saya sediakan video selama saya praktikal. Jadi, pagi tadi saya merakam video dan mengedit video sahaja.




Selesai tugasan video, saya menyambung kerja transribing saya dimana saya perlu siapakan hanya ada lagi berbekal dengan 2 video sahaja lagi. Dan akhirnya, saya telah siapkan kerja transcribing saya dimana memakan masa hampir seminggu. 




Saya harap selepas ni, saya dapat lagi tugasan-tugasan yang lain yang memberi ilmu baru kepada saya dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya.

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...