Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di bendahari, ajkan tetapi Ketua Bendahari mempunyai hal mengejut membuatkan lawatan kami tertangguh. Pada hari terakhir saya menghabiskan sisa dengan menyiapkan report praktikal dan mengemas semula bilik koordinator yang saya duduk selama 16 minggu. Terima kasih UITM dan pihak Fakulti Perakaunan sepanjang praktikal saya dengan membantu menambahkan ilmu saya dari segi akademik.
Thursday, January 6, 2022
Hari Ketujuh Puluh Sembilan 6 Januari 2022
Wednesday, January 5, 2022
Hari Ketujuh Puluh Lapan 5 Januari 2022
Pada minggu terakhir, banyaklah dokumen yang perlu diselesaikan. Saya siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan KPTM dan terus menyambung dengan report praktikal.
Monday, January 3, 2022
Hari Ketujuh Puluh Enam 3 Januari 2022
Permulaan tahun baru, saya edit semula manuskrip dan menambah sedikit ayat untuk terakhir mengedit manuskrip.
Friday, December 31, 2021
Thursday, December 30, 2021
Wednesday, December 29, 2021
Hari Ketujuh Puluh Tiga 29 Disember 2021
Pada tanggal 29 Disember, Fakulti perakaunan Negeri Pahang Cawangan Jengka telah menjalankan satu Program Sukarelawan Pasca Banjir UITM Cawangan Pahang untuk kerja pembersihan di dalam rumah dan persekitaran di kediaman En.Khairul Anuar yang berlokasi di Kg. Sagumpas 1, Mentakab Pahang. Kami seramai 19 orang yang terdiri daripada Pensyarah Fakulti Perakaunan, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam, Pelajar praktikal dan lain-lain.
Tuesday, December 28, 2021
Sunday, December 26, 2021
Friday, December 24, 2021
Hari Ketujuh Puluh 24 Disember 2021
Selesai menyiapkan minit mesyuarat dan terus menghantar ke Dr Mohamad Azmi, saya meneruskan untuk membuat report praktikal.
Thursday, December 23, 2021
Hari Keenam Puluh Sembilan 23 Disember 2021
Hari ini saya menyambung membuat minit mesyuarat agar dapat menyiapkansecepat mungkin. Ini memakan masa yang agak lama kerana mesyuara bulanan selalunya memang mesyuarat yang lama dimana semua pensyarah akan bincang tentang semua program yang telah dan bakal berlaku dan menyemak semula minit mesyuarat yang lepas-lepas.
Wednesday, December 22, 2021
Hari Keenam Puluh Lapan 22 Disember 2021
Pada hari ini, Dr Mohamad Azmi menghantar rakaman video mesyuarat bulanan, jadi sementara saya siapkan report praktikal saya, saya ingin menyiapakan minit mesyuarat bulanan yang k-4. Jadi saya cuba untuk menyiapkan minit mensyuarat secepat mungkin.
Tuesday, December 21, 2021
Hari Keenam Puluh Tujuh 21 Disember 2021
Monday, December 20, 2021
Hari keenam Puluh Enam 20 Disember 2021
Selesai edit manuskrip, Dr Mohamad Azmi meminta untuk membuat Pra kata dan juga penutup untuk buku yang bakal terhasil.
Friday, December 17, 2021
Hari Keenam Puluh Lima 17 Disember 2021
Thursday, December 16, 2021
Hari Keenam Puluh Empat 16 Disember 2021
Pada hari ini, Dr Mohmad Azmi ingin membuat perjumpaan pada pukul 8 sebelum beliau ke menghadiri satu mesyuarat. Jadi, dalam mesyuarat ini, beliau mengatakan beliau akan sibuk dengan tournament memanah bermula esok (Jumaat) di Kuantan. Jadi beliau berpesan untuk siapkan manuskrip untuk memudahkan proses editing dan mencetak.
Wednesday, December 15, 2021
Hari Keenam Puluh Tiga 15 Disember 2021
Pada hari ini, saya sambung proses merincih dimana Puan Junaidah tidak dapat untuk bersama-sama menyiapakn proses merincih. Tepat pukul 8 pagi, saya terus ke Unit Harta untuk meneruskan proses merincih. Cik Hassanah dan Cik Humaira datang menolong dan juga sanggup membawa kipas untuk kegunaan di stor tersebut.
Walaupun mereka berdua mempunyai kelas pada pukul 9, mereka masih lagi sanggup menolong. Apabila Cik Hassanah dan Cik Humaira ke kelas, CIk Suliza datang untuk menolong kami yang masihmembuang stapler pada kertas-kertas tersebut. Selang beberapa minit, Puan Noor Hasimah dan Puan Hawani datang untuk membantu meringankan beban. Saya berasa sangat terharu dimana mereka sanggup datang walaupun sibuk dengan kelas.
Tepat pukul 12.30 tengahari, selesai semua proses merincih dan sebelum saya beredar, saya mengemas semula tempat yang kami guna supaya memudahkan urusan Unit Harta. Pada sebelah petang, Puan Suhaina meminta saya untuk mengisi borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam untuk proses selajutnya. Jadi saya mendspatkan tandatangan Puan Rozina di Unit Harta sebagai saksi sepanjang proses merincih.
Tuesday, December 14, 2021
Hari Keenam Puluh Dua 14 Disember 2021
Pada hari ini, saya sudah membuat tempahan untuk menggunakan mesin merincih di Unit Harta. Jadi, pada awal pagi, Saya bersama Puan Junaidah, Cik Humaira dan juga Puan Norwani datang ke bilik Koordinator Perakaunan untuk bersama-sama bersumbang tenaga untuk mengangkat kertas-kertas yang bakal dirincih. Kami menggunakan kenderaan sendiri untuk mengangkut ke Unit Harta. Kereta saya dan juga kereta Puan Junaidah yang membawa kertas-kertas tersebut dengan bantuan Cik Humaira untuk mengangkat keluar.
Memang kebiasaan pensyaarh kebanyakannya mempunyai kelas pada awal pagi dimana hanya Puan Junaidah dan Puan Norlaila sahaja yang tidak mempunyai kelas pada waktu pagi. Saya menjangkakan proses merincih mengambil masa paling kurang 2 jam, akan tetapi dek kerana kami perlu membuka stapler terlebih dahulu sebelum memasuki mesin, jadi proses untuk merincih memang memakan masa yang lama.
Nasib baiklah saya tidak keseorangan ditemani dengan Puan Junaidah dan Puan Norlaila. Membuka stapler pada setiap kertas sememangnya leceh ini kerana staf Unit Harta memberi tahu mata mesin mereka pernah rosak dek kerana stapler. Dugaan lagi menimpa dimana tempat kami membuang stapler tidak mempunyai kipas. Tetapi dengan semangat untuk menghabiskan tugas itu, sanggup kami harungi bersama. Proses ini selama seharian dari awal pagi sampailah ke 4.30 petang. Jadi kami bercadang untuk meneruskan pada hari esok.
Disebabkan sudah lama tangguh mesyuarat bulanan, Dr Mohamad Azmi mencadangkan untuk diakan pada malam ni. Faham dengan keluarga masing-masing, akan tetapi terpaksa dibuat pada hari ini juga. Agenda yang disebut di dalam mesyuarat iaitu Pengistiharan Kepentingan, Pengesahan Minit Mesyuarat, Perkara-perkara Berbangkit dan Pembentangan Kertas Kerja.
Monday, December 13, 2021
Hari Keenam Puluh Satu 13 Disember 2021
Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022
Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...
-
Nama diberi Noor Batrisya binti Mohmad Badli, berumur 23 tahun. Saya Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dan Kewangan di Ko...
-
Alhamdulillah, sudah diberi kesembuhan kesihatan kepada saya. Jadi, saya memasuki pejabat seperti biasa. Pagi Jumaat, saya dipanggil Dr Moha...