Pada hari ini, saya sudah membuat tempahan untuk menggunakan mesin merincih di Unit Harta. Jadi, pada awal pagi, Saya bersama Puan Junaidah, Cik Humaira dan juga Puan Norwani datang ke bilik Koordinator Perakaunan untuk bersama-sama bersumbang tenaga untuk mengangkat kertas-kertas yang bakal dirincih. Kami menggunakan kenderaan sendiri untuk mengangkut ke Unit Harta. Kereta saya dan juga kereta Puan Junaidah yang membawa kertas-kertas tersebut dengan bantuan Cik Humaira untuk mengangkat keluar.
Memang kebiasaan pensyaarh kebanyakannya mempunyai kelas pada awal pagi dimana hanya Puan Junaidah dan Puan Norlaila sahaja yang tidak mempunyai kelas pada waktu pagi. Saya menjangkakan proses merincih mengambil masa paling kurang 2 jam, akan tetapi dek kerana kami perlu membuka stapler terlebih dahulu sebelum memasuki mesin, jadi proses untuk merincih memang memakan masa yang lama.
Nasib baiklah saya tidak keseorangan ditemani dengan Puan Junaidah dan Puan Norlaila. Membuka stapler pada setiap kertas sememangnya leceh ini kerana staf Unit Harta memberi tahu mata mesin mereka pernah rosak dek kerana stapler. Dugaan lagi menimpa dimana tempat kami membuang stapler tidak mempunyai kipas. Tetapi dengan semangat untuk menghabiskan tugas itu, sanggup kami harungi bersama. Proses ini selama seharian dari awal pagi sampailah ke 4.30 petang. Jadi kami bercadang untuk meneruskan pada hari esok.
Disebabkan sudah lama tangguh mesyuarat bulanan, Dr Mohamad Azmi mencadangkan untuk diakan pada malam ni. Faham dengan keluarga masing-masing, akan tetapi terpaksa dibuat pada hari ini juga. Agenda yang disebut di dalam mesyuarat iaitu Pengistiharan Kepentingan, Pengesahan Minit Mesyuarat, Perkara-perkara Berbangkit dan Pembentangan Kertas Kerja.
No comments:
Post a Comment