Pada hari ini, saya sambung proses merincih dimana Puan Junaidah tidak dapat untuk bersama-sama menyiapakn proses merincih. Tepat pukul 8 pagi, saya terus ke Unit Harta untuk meneruskan proses merincih. Cik Hassanah dan Cik Humaira datang menolong dan juga sanggup membawa kipas untuk kegunaan di stor tersebut.
Walaupun mereka berdua mempunyai kelas pada pukul 9, mereka masih lagi sanggup menolong. Apabila Cik Hassanah dan Cik Humaira ke kelas, CIk Suliza datang untuk menolong kami yang masihmembuang stapler pada kertas-kertas tersebut. Selang beberapa minit, Puan Noor Hasimah dan Puan Hawani datang untuk membantu meringankan beban. Saya berasa sangat terharu dimana mereka sanggup datang walaupun sibuk dengan kelas.
Tepat pukul 12.30 tengahari, selesai semua proses merincih dan sebelum saya beredar, saya mengemas semula tempat yang kami guna supaya memudahkan urusan Unit Harta. Pada sebelah petang, Puan Suhaina meminta saya untuk mengisi borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam untuk proses selajutnya. Jadi saya mendspatkan tandatangan Puan Rozina di Unit Harta sebagai saksi sepanjang proses merincih.
No comments:
Post a Comment