Tuesday, November 30, 2021
Hari Kelima Puluh Dua 30 November 2021
Monday, November 29, 2021
Hari Kelima Puluh Satu 29 November 2021
Pada hari ini, saya merasakan saya tidak sedap badan dimana saya bersa ingin demam dan sedikit sakit kepala. Jadi, saya meminta kebenaran kepada Dr Mohamad Azmi untuk Work From Home, Alhadulillah beliau seorang yang sangat memahami. Walaupun saya berada di rumah, tetapi kewajipan saya untuk menyiapkan kerja yang diberi adalah wajib.
Jadi, pada hari ini, saya menyemak kesalahan ejaan dan penggunaan ayat pada manuskrip saya . Ianya mengambil masa yang agak lama kerana saya perlu meneliti satu per satu perkataan supaya saya tidak terlepas yang lain, lagi-lagi saya hanya menyemaknya di komputer sahaja, jadi saya perlu lebih teliti.
Friday, November 26, 2021
Hari Kelima Puluh 26 November 2021
Pada hari Jumaat yang penuh dengan berkat ini, saya memindahkan semua ayat dari blog saya ke dalam word. Ianya mengambil masa yang lama kerana terlalu banyak ayat kerana satu chapter mewakili satu hari saya menjalankan praktikal saya. Sekarang saya sudah menjalani praktikal saya di UITM selama 50 hari. Pejam celik, pejam celik, tidak terasa waktu berjalan.
Thursday, November 25, 2021
Hari Keempat Puluh Sembilan 25 November 2021
Pada pagi yang mendung ini, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk membuat panggilan mesyuarat bulanna yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Jadi, saya perlu menyemak semula minit mesyuarat yang sebelum-sebelum ini untuk memastikan info yang diberi semuanya betul.
Wednesday, November 24, 2021
Hari Keempat Puluh Lapan 24 November 2021
Pada hari ini, saya menyiapkan mana-mana kerja saya yang saya tertangguh ataupun tertinggal contohnya seperti memnyemak ejaan tatabahasa pada blog saya. Walaupun saya bukanlah pelajar jurusan bahasa, tetapi saya masih mengetahui sedikit tentang kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya.
Pada sebelah petang, Dr Mohamad Azmi meminta tolong saya untuk keluar ke bandar untuk membeli sampul surat dan juga setem untuk kegunaan pengeposan bahan pengajaran.
Monday, November 22, 2021
Hari Keempat Puluh Tujuh 23 November 2021
Pada Harini, saya menyiapkan satu kerja yang saya perlu buat pada minggu lepas lagi akan tetapi pada minggu lepas agak sibuk dengan perlbagai perkara. Saya membuat minit mesyuarat khas FPN yang diakaan pada minggu lepas.
Hari Keempat Puluh Enam 22 November 2021
Disebabkan minggu lepas agak sibuk dengan kerja-kerja di Bendahari dan Hal Peribadi, saya tidak sempat untuk mengemas kini blog dan juga kalender. Jadi harini saya mengemas kini semua kerja-kerja di blog dan kalender supaya tidak lagi kekosongan dan ketinggalan.
Friday, November 19, 2021
Hari Keempat Puluh Lima 19 November 2021
Semasa saya kerja semalam, saya diberitahu oleh ahli keluarga bahawa nenek saya perlu di bawa ke Hospital Temerloh dimana Hospital lagi besar dan mempunyai kelengkapan yang lebih canggih. Nenek saya diberitahu mempunyai pendarahan di bahagian usus. Jadi nenek perlu membuat pemeriksaan dan di pantau oleh Doktor Pakar. Jadi, saya mengambil cuti pada hari ini kerana saya sekeluarga ingin membuat bacaan yassin untuk nenek yang sedang sakit.
Wednesday, November 17, 2021
Hari Keempat Puluh Empat 18 November 2021
Pada hari ini saya perlu melapor diri ke Unit Harta Benda. Saya berjumpa dengan Rozina untuk melapor diri dan saya diberi penerangan tentang uit harta benda dan Puan Rozina membawa saya untuk melihat sekeliling di Unit harta benda.
Saya diberi penerangan dimana harta yang bernilai RM500 hingga RM2999.99 adalah dipanggil Inventori manakala RM3000 ke atas dipanggil Asset. Puan Rozina juga membawa saya melihat kawasan Stor penyimpanan barangan yang akan dilupus dan stor fail-fail. Selesai sesi berkenalan, Encik Noordin meminta saya untuk key in data untuk melupusan.
UiTM dibawah kerajaan, jadi semua harta benda perlulah dijaga dan tidak boleh sewenang-wenangnya dilupus. Semuanya perlu hitam putih untuk membuat suatu perkara di atas harta tersebut. Pada Tengahari, saya ,mengikut Encik Fauzi dan Encik Hasri untuk melawat harta UiTM di Stadium Jengka.
Hari Keempat Puluh Tiga 17 November 2021
Pada hari ini sepatutnya saya perlu menyiapkan tugasan pengisian baucer ke dalam sistem di bawah Encik Shaharudin, akan tetapi, saya ada Emergency Leave, maka saya tidak sempat untuk meneruskannya. Saya mengambilemergency leave kerana nenek saya tidak sedarkan diripada malam semalam, jadi saya keluarga yang terdekat perlu menguruskan semua benda di hospital dan membawa mak saya untuk proses menunggu di hopital.
Semoga nenek saya diberi semula kesihatan dan dipermudahkan segala urusan . Saya sudah inform kepada pihak bendahari dan juga Dr Mohamad Azmi.
Tuesday, November 16, 2021
Hari Keempat Puluh Dua 16 November 2021
Pada hari kedua saya berada di bendahari, saya diberi tugasan untuk membuat filling di bawah bimbingan Encik Shaharudin. Saya perlu menyusun filling mengikut warna yang sama agar tidak tertukar dan lebih teratur. Nampak sahaja macam senang, tetpi agak remeh dan perlu penelitian yang tinggi kerana ianya perlu disusun mengikut no baucer supaya lebih tersusun.
Pada tengahari, Fakulti Perakaunan mengadakan satu Mesyuarat Khas untuk membincangkan Lesson Plan di mesyuarat tersebut. Saya tangguh dulu kerja filling saya untuk memberi laluan kepada Mesyuarat Khas Fakulti.
Monday, November 15, 2021
Hari Keempat Puluh Satu 15 November 2021
Pada minggu ini saya meneruskan perjalanan praktikal saya di Pejabat Bendahari selama seminggu. Jadi pada hari ini, saya lapor diri di Pejabat Bendahari.
Saya berjumpa dengan Puan Yusnita iaitu Timbalan Bendahari, dan beliau memberi tanggungjawab untuk memberi pendedahan kepada Encik Hafiz. Puan Yusnita memberitahu saya akan berada di Unit Pengurusan Perolehan, Unit Pengurusan Wang dan Unit Pengurusan Akaun selama dua hari dah berada di Unit Pengurusan Harta selama tiga hari. Encik Hafiz memperkenalkan saya kepasa semua staf-staf di Pejabat Bendahari. Selesai sesi berkenalan, saya ke unit Pengurusan Perolehan. Di situ, saya berjumpa dengan Puan Farawaheda iaitu Penolong Akauntan. Di sini beliau memperkenalkan secara amnya Unit Bendahari. Puan Farawaheda memberitahu secara amnya proses di bendahari ini pada mulanya akan dibuat bajet dan diikuti dengan perolehan, bayaran, harta benda dan akaun. Puan Farawaheda memberitahu saya secara terperinci tentang Unit Perolehan.
Di bahagian ini, saya kekurangan kerja kerana disini banyak perkara yang sulit yang tidak sewenang-wenangnya dibertitahu kepada orang lain.
Friday, November 12, 2021
Hari Keempat Puluh 12 November 2021
Pada awal pagi, Puan Suhainal dari pihak arkib meminta saya untuk menyediakan surat permohonan perlupusan rekod. Jadi saya embuat drafr surat dan meminta Dr Mohamad Azmi tandatangan sebelum hantar ke unit arkib.
Sementara saya menunggu Dr Mohamad Azmi mentandatangan surat tersebut. saya telah mengemas kini kalender kerja saya dan blog yang saya tertinggal disebabkan terlupa dan tidak sempat untuk membuatnya. Usai menerima surat yang telah ditandatangani oleh Dr Mohamad Azmi, saya menghantar surat permohonan ke Puan Suhainal.
Pada sebelah petang pula, Dr Mohamad Azmi meminta tolong untuk melayari Youtube dan belajar cara untuk membuat akaun Shopee kerana beliau ingin menjual Card Game AOTB yang dicipta oleh Fakulti Perakaunan.
Thursday, November 11, 2021
Hari Ketiga Puluh Sembilan 11 November 2021
Pada hari ini, saya memulakan kerja saya dengan mengisi semula Borang Homogenous kerana ada kesalahan yang telah saya hantar pada borang sebelum ini. Jadi, saya menyak dan membetulkan semula dan kemudian menghantar semula ke unit Arkib. Selesai menghantar borang, saya mengikuti satu google meet bersama En Azizi dan Pn Syahida untuk perbincangan Program yang akan dijalankan pada petang ini. Dr Mohamad Azmi meminbta saya untuk menjadi MC untuk mengendalikan satu program iaitu Program pengenalan KOSISWA. Pada pengalaman saya, saya tidak pernah lagi untuk menjalan MC mengendalikan satu program. Jadi peluang ini saya ambil sebagai pengalaman dan menambah keyakinan saya untuk bercakap dengan orang luar. Sebelum
Sebelum itu, saya menyediakan teks ucapan supaya saya tahu tentatif program dan saya bersiap awal supaya tidak kalut. Selebum berjalannya program tersebut, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk saya membuat kerja editing untuk kali terakhir sebelum buku diterbitkan.
Tuesday, November 9, 2021
Hari Ketiga Puluh Lapan 10 November 2021
Pada hari ini, Dr Mohamad Azmi sibuk dengan urusan luar, jadi saya menyiapkan kerja-kerja yang masih saya belum siapkan seperti mengemas kini blog saya, saya menyiapkan logbook yang disediakan oleh KPTM. Kemudian Puan Junaidah datang ke pejabat saya untuk meminta tolong saya untuk menyemak Format Research Paper.
Hari Ketiga Puluh Tujuh 9 November 2021
Pada pagi selasa, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk membuat draft surat untuk ke Pejabat Bendahari. Tujuan penempatan saya ke Pejabat Bendahari untuk memberi pendedahan perakaunan di sektor awam. Ia boleh menambah ilmu dan juga pengalaman untuk saya. Selesai Dr Azmi betulkan surat tersebut, saya diminta ke Pejabat Bendahari untuk menghantar surat tersebut.
Sunday, November 7, 2021
Hari Ketiga Puluh Enam 8 November 2021
Pada hari ini, saya tidak masuk pejabat dek kerana ada urusan peribadi. Akan tetapi saya sudah memaklumkan kepada Dr Mohamad Azmi dan beliau memberi kebenaran untuk keluar atas urusan peribadi.
Thursday, November 4, 2021
Hari Ketiga Puluh Lima 5 November 2021
Wednesday, November 3, 2021
Hari Ketiga Puluh Tiga 3 November 2021
Pada awal pagi saya meneruskan pengasingan dokumen-dokumen yang perlu dilupuskan dek kerana saya alahan denganhabuk, saya harus segerakan. Selesai menghantar borang kepada Unit Arkib, terus saya mengemas bilik yang penuk dengan habuk. Saya buang semua sampah-sampah yang dikumpul semalam dan saya memasukkan dokumen-dokumen yang bakal dilupuskan ke dalam plastik hitam. Saya menyapu dan mengemop bilik agar saya tidak mempunyai masalah alahan lagi. Selesai semuanya, saya amatlah berpuas hati kerana bilik saya kembali bersih dan kemas.
Monday, November 1, 2021
Hari Ketiga Puluh Dua 2 November 2021
Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022
Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...
-
Harini ini saya perlu berkenalan dengan semua pensyarah Fakulti Perakaunan UITM Cawangan Pahang. Pada pukul 8 pagi saya perlu menelefon koo...
-
Pada minggu ini, Dr Mohamad Azmi akan mengajar saya untuk membuat satu Copyright, jadi untuk hari ini, beliau memberi contoh-contoh copyrig...
-
Nama diberi Noor Batrisya binti Mohmad Badli, berumur 23 tahun. Saya Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dan Kewangan di Ko...