Wednesday, November 3, 2021

Hari Ketiga Puluh Tiga 3 November 2021

 Pada awal pagi saya meneruskan pengasingan dokumen-dokumen yang perlu dilupuskan dek kerana saya alahan denganhabuk, saya harus segerakan. Selesai menghantar borang kepada Unit Arkib, terus saya mengemas bilik yang penuk dengan habuk. Saya buang semua sampah-sampah yang dikumpul semalam dan saya memasukkan dokumen-dokumen yang bakal dilupuskan ke dalam plastik hitam. Saya menyapu dan mengemop bilik agar saya tidak mempunyai masalah alahan lagi. Selesai semuanya, saya amatlah berpuas hati kerana bilik saya kembali bersih dan kemas. 




Sementara itu, hanya tunggu kelulusan daripada pihak Arkib barulah boleh bawa semua dokumen ini untuk tujuan pelupusan. Selepas itu, saya meneruskan tugasan untuk membuat skrip video di mana saya perlu membuat rangka kepada video saya yang akan datang. Saya perlu membuat rangka tentang peranan pensyarah. Saya cuba untuk menyenaraikan tugasan-tugasan pensyarah dan akan berbincang dengan Dr Mohamad Azmi, akan tetapi, Dr Mohamad Azmi sibuk dengan mensyuarat dan saya akan menayakan beliau dalam Whatsapp sahaja.


No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...