Tuesday, November 30, 2021

Hari Kelima Puluh Dua 30 November 2021

Pagi ini saya bangun dengan badan masih lagi demam dan tidak kebah dari semalam, tambahan pula dengan sakit kepala. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak masuk ke pejabat dengan kebenaran Dr Mohamad Azmi. Saya menyiapkan tugasan saya di rumah sahaja. Dek kerana musim sekarang kita tidak boleh ambil ringan, saya terus melakukan Swab test kit kerana khuatir dengan keadaan Covid-19 sekarang. Alhamdulillah keputusan negetif, mungkin saya hanya demam kerana cuaca yang agak panas. 


Saya menyambung kerja yang tertangguh dimana saya perlu membuat editing atas manuskrip saya. Jadi, seharian saya menyambung tugasan editing tetapi dengan secara santai kerana saya masih tidak larat. Saya buat sedikit demi sedikit supaya saya nampak peningkatan tidaklah tertangguh. 

Pada sebeleah petang, Dr Mohamad Azmi meminta tolong untuk mengambil buku yang telah siap dicetak di Mardani Enterprise, walaupun beliau pertikaikan kesihatan saya untuk mengambilnya, akan tetapi disebabkan saya berasa sedikit segar, jadi apa salahnya untuk menolong beliau. 







No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...