Thursday, November 11, 2021

Hari Ketiga Puluh Sembilan 11 November 2021

 Pada hari ini, saya memulakan kerja saya dengan mengisi  semula Borang Homogenous kerana ada kesalahan yang telah saya hantar pada borang sebelum ini. Jadi, saya menyak dan membetulkan semula dan kemudian menghantar semula ke unit Arkib. Selesai menghantar borang, saya mengikuti satu google meet bersama En Azizi dan Pn Syahida untuk perbincangan Program yang akan dijalankan pada petang ini. Dr Mohamad Azmi meminbta saya untuk menjadi MC untuk mengendalikan satu program iaitu Program pengenalan KOSISWA. Pada pengalaman saya, saya tidak pernah lagi untuk menjalan MC mengendalikan satu program. Jadi peluang ini saya ambil sebagai pengalaman dan menambah keyakinan saya untuk bercakap dengan orang luar. Sebelum 

Sebelum itu, saya menyediakan teks ucapan supaya saya tahu tentatif program dan saya bersiap awal supaya tidak kalut.  Selebum berjalannya program tersebut, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk saya membuat kerja editing untuk kali terakhir sebelum buku diterbitkan. 


Jadi tepat pukul 4.30 petang, saya menghadiri Program Pengenalan KOSISWA sebagai MC. Alhamdulillah Program berjalan dengan baik dan ini adalah pengalaman baru kepada saya kerana sebelum ini saya belum pernah mengendalikan program. 




No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...