Hari pertama 20 September 2021.
Saya bersiap dan pergi ke UITM Cawangan Pahang, Kampus Jengka untuk lapor diri. Tiba di UITM, saya ke Bahagian Penyelidikan Dan Jaringan Industri. Saya diajar untuk menggunakan 'eclock' untuk rekod kehadiran bertugas sempena perintah kawalan pergerakan.
Selesai lapor diri, saya berjumpa dengan penyelia industri yang akan membimbing dan mengajar saya sepanjang tempoh Latihan Industri iaitu Dr Mohamad Azmi bin Nias Ahmad. Dr Mohamad Azmi merupakan Ketua Pusat Pengajian Perakaunan, Fakulti perakaunan di UITM Cawangan Pahang. Dr Mohamad Azmi memberitahu saya tentang skop latihan industri. Beliau memberitahu selama saya menjalani latihan industri, saya akan dapat memperbaiki kemahiran interpersonal dimana beliau mengajar untuk tidak menganggap latihan industri ini sebagai semata-mata kerjaya, tetapi belajar dengan apa yang kita dapat semasa latihan industri.
Selain itu, saya juga akan dapat meningkatkan kemahiran organisasi dan sikap profesional dalam diri. Seseorang yang memiliki sikap professional ini sentiasa mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional.
Dr Mohamad Azmi memberitahu bahawa dirinya seorang yang sistematik dimana beliau menceritakan bahawa semua arahan, pengetahuan dan pengalaman hendaklah ditulis. Beliau sangat mementingkan penulisan dalam sesuatu perkara.
Jadi, Dr Mohamad Azmi memberitahu output yang saya akan dapat apabila selesainya latihan, saya akan mendapat pengalaman bekerja di institusi pengajian dimana saya dapat meningkatkan kemahiran dalam semua perkara. Beliau jugak akan memasukkan saya dalam kumpulan inovasi untuk membantu kumpulan inovasi sedia ada dan meningkatkan kerjasama antara satu sama lain.
Pada hari pertama latihan industri, saya diperkenalkan oleh Dr Mohamad Azmi dengan satu peranti iaitu Chromebook. Saya tidak mahir dan tidak tahu cara untuk menggunakannya, tetapi Dr Mohamad Azmi ajar satu per satu cara untuk menggunakannya. Saya harap saya akan mahir suatu hari nanti menggunakan Chromebook, Beliau juga menyediakan alat tulis dan buku latihan kepada saya untuk memudahkan kerja saya sebagai pembantu Ketua Pusat Pengajian. Setiap hari, saya dipantau oleh Dr Mohamad Azmi dan Beliau akan sentiasa menyemak kerja harian saya.
Pada hari ini, saya merasakan sedikit kelainan dimana sebelum ini, saya menjalani latihan industri di syarikat akaun dimana saya perlu mencatat segala bil untuk sesebuah syarikat. Jadi, latihan industri untuk ijazah, skop pekerjaan saya berubah dan saya seronok untuk belajar sesuatu perkara yanag baharu. Saya harap hari yang seterusnya akan menambahkan lagi ilmu saya dan meningkatkan kemahiran saya.
No comments:
Post a Comment