Monday, September 20, 2021

Hari Kedua 21 September 2021

 Harini ini saya perlu berkenalan dengan semua pensyarah Fakulti Perakaunan UITM Cawangan Pahang. Pada pukul 8 pagi saya perlu menelefon koordinator iaitu Puan Junaidah Jamaluddin, tetapi disebabkan Puan Junaidah agak sibuk pada pagi tadi, saya terus menelefon Puan Syahida binti Md Zani. Beliau memberitahu beliau bermula bekerja pada tahun 2001 dimana beliau seorang pensyarah yang mengajar FAR 160 dan AIS 205. Beliau merupakan penyelaras pembangunan pelajardan juga penasihat akademik. Beliau juga memberitahu bahawa beliau akan mengajar FAR 160 Part 3 dan juga Pra-Diploma iaitu basic accounting.  Waktu beliau mengajar semester lepas mengambil masa 15-18 jam. Beliau memberi nasihat kepada saya supaya memperbanyakkan belajar sesuatu daripada Dr Mohamad Azmi.


Seterusnya Puan Sabariah Jamaludin, kami tidak membuat panggilan video dan hanya panggilan biasa kerana mempunyai masalah yang tertentu. Tatapi tidak mengapa walaupun cuma panggilan biasa tapi Puan Sabariah banyak berbual dengan saya dan beliau memberitahu beliau mrngajar UITM sudah 21 tahun dan beliau mengajar Financial Accounting dan Managment Accounting. Beliau mempunyai diploma, ijazah dan juga master dalam bidang akaun. Di UITM, beliau mengajar FAR 340, ACC 106 dan ACC 110. Beliau memberitahu pada sem lepas, beliau mengajar selama 12 jam dan beliau becerita pengalaman PDPR dirumah dimana ada kebaikan dan keburukannya. Pada sem lepas, dlam kelas beliau, ada seorang pelajar yang gagal kerana masalah PDPR dimana pelajar itu susah untuk memasuki kelas beliau dan apabila beliau mesej pelajar tersebut tidak membalas dan akhirnya pelajar tersebut gagal. Puan Sabariah menasihati supaya untuk mencapai sesuatu cita-cita atau matlamat, kita perlu tahu apa yang kita buat sekarang supaya selari dengan cita-cita tersebut.


Kemudian, saya diberitahu Puan Afzan Najid sibuk dengan kerjanya untuk membuat jadual waktu, jadi kami akan berkenalan pada lain waktu. Begitu juga dengan Cik Naqiah dimana saya akan berkenalan dengan beliau pada hari Khamis dimana saya akan di ajar untuk membuat Minute Meeting. Saya teruskan dengan Puan Anis Barieyah binti Mat Bahari. Beliauberasal dari Mentakab Pahang dan beliau mempunyai Diploma dan Ijazah daam bidang perakaunan. Beliau mengajar MAF 253 dan ACC 166 dan pernah mengajar subjek costing. Beliau memberitahu pada sem lepas beliau mengajar dalam masa 15 jam dan beliau intersesi MAF253 di bawah penjanaan dana. Beliau menasihati saya jika saya bercita-cita untuk menjadi akauntan, saya perlulah ambil bidang profesional dan yang paling penting bagi beliau adalah pengalaman Belia berkata pengalaman itu penting utnuk seorang akauntan kerana dengan pengalamanlah seorang akauntan itu boleh berjaya.


Seterusnya saya berkenalan dengan Encik Azizi@Hamizi Hashim dimana beliau berasal dari Jerantut Pahang dan beliau memberitahu beliau pernah mengajar di Universiti Utara Malaysia pada 2001 kemudian mengajar di UITM. Beliau mngajar subjek Managment Accouting dan Audit. Pada sem lepas, beliau mngajar selama 15 jam dan beliau juga menasihati jika dengan akademik, saya boleh meneruskan dengan mengambil master. Beliau juga walaupun saya tidak bekerja di bahagian firma, saya boleh tingkatkan kemahiran sosial, kemahiran berunding dan lain-lain.

Selain itu, saya juga berkenalan denga Puan Lily Mazlifa binti Mustafa dimana beliau sekarang menetap di Kuantan Pahang. Beliau juga memberitahu beliau sudah berulang alik dari Kuantan ke UITM Jengka selama 18 tahun. Disebabkan kefahaman dan tolak ansur dari rakan sekerja, beliau kuat untuk berulang alik yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dalam perjalanan. Beliau mula mengajar pada tahun 1999 tetapi pada tahun 2002 beliau mendapat biasiswa untuk meneruskan master. Beliau mengajar subjek Audit dimana beliau sudah 10-12 tahun mengajar subjek audit. Selain seubjek Audit, beliau juga mengajar Managment Accounting. Pada pendapat beliau, PDPR sangatlah susah dimana kebanyakan pelajar ussah untuk memasuki kelas dan banyak pelajar terlebih tidur, apa yang penting PDPR membuatkan ikatan rakan sekelas tidak sama dengan kelas bersemuka.

Kemudian, saya berkenalan dengan Puan Noor Hasimah M.Yacob dimana beliau mula mengajar di UITM pada tahun 1999 sehinggalah sekarang. Beliau mengajar subjek percukaian dan dimana beliau mendapatkan master dalam eksekutif di UITM Dungun. Pada pendapat beliau, PDPR agak mencabar kerana beliau untuk ajak pelajar masuk ke dalam kelas online ini bukan mudah. Begitu juga dengan  Puan Nor Hawani Wan Abdul Rahman dimana beliau juga tidak menyukai PDPR kerana dengan pelbagai cabaran yang perlu beliau hadapi. Puan Nor Hawani memulakan pekerjaan beliau di UITM pada tahun 1999 dan beliau mempunyai diploma, ijazah dan master dalam bidang perakaunan di UITM. Beliau mengajar subjek Managment Accounting dan sebelum ini beliau juga mengajar Financial Accounting.

Seterusnya, saya berbual dengan Cik Nur Syafiqah Hussin dimana sekarang beliau ingin menyambung ke peringkat Phd, Beliau memberitahu sebelum ini beliau pernah bekerja di sebuah syarikat di jabatan percukaian selama 2 tahun. Beliau meneruskan pekerjaan di UITM Rabu selama 5 tahun dimana beliau sebelum ini beliau mendapat ijazah perakaunan di UITM dan terus sambung bekerja dan selepas itu mengambil master di UITM. 

Selain itu, saya juga berbual dengan Puan Nur Syazwani Mohammad Fadzillah dimana beliau memberitahu beliau adalah pensyarah termuda di UITM Jengka dan mempunyai latar belakang di mana dari diploma sehinggalah master dalam perakaunan di UITM Shah Alam. Akhir sekali, saya dapat menemu ramah dengan pensyarah yang senior iaitu Puan Norlaila binti Mohd Din. beliau bermula mengajar di UITM pada tahun 1996 sehinggalah sekarang. Sudah 25 tahun beliau berbakti kepada UITM. Beiau memberitahu bahawa beliau salah seorang pensyarah yang berada dalam kumpulan innovasi. Beliau juga memberitahu apabila semua pelajar dibenarkan memasuki kampus, beliau akan mengadakan satu permainan untuk pelajar diploma supaya mereka berminat belajar subjek perakaunan dengan mudah. Saya harap saya sempat untuk menyertai kumpulan innovasi tersebut suoaya saya boleh meninba ilmu tentang perakaunan.

Pada hari ini juga, saya sudah dimasukkan ke dalam satu kumpulan inovasi walaupun saya baru lagi dalam latihan industri. Kumpulan Inovasi ini dimana yang diberitahu oleh Puan Norlaila, akan mengadakan satu permainan untuk pelajar di UITM. 

Saya berterima kasih kepada semua pensyarah yang sanggup meluangkan masa dengan saya untuk berkenanalan. Begitulah realitinya apabila sekarang dunia dilanda penyakit yang berjangkit, untuk berjumpa bersemuka itu terhad. Saya harap selepas Covid ini reda, saya boleh berkenalan dengan semua pensyarah fakulti Perakaunan UITM Pahang ini dengan bersemuka. Saya juga berharap saya boleh belajar dengan mereka kerana mereka sudah mahir dalam bidang perakaunan.

No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...