Pada awal pagi, saya berjumpa dengan Dr Mohamad Azmi untuk membincangkan kerja-kerja saya dan beliau mengingatkan saya untuk membuat notis peringatan untuk mesyuarat bulanan fakulti yang akan diakaan pada minggu hadapan. Jadi, saya perlu menyediakan notis beserta agenda dan minit-minit mesyuarat untuk dimuat naik ke dalam 'Group Whatsapp' fakulti.
Thursday, December 2, 2021
Hari Kelima Puluh Empat 2 Disember 2021
Wednesday, December 1, 2021
Hari Kelima Puluh Tiga 1 Disember 2021
Apabila siap sahaja manuskrip untuk hari ini, saya terus memberi tahu Dr Mohamad Azmi supaya beliau boleh juga editing kerja saya. Dr Mohamad Azmi akan meminta tolong Cik Naqiah untuk editing kerja saya juga. Terima kasih kepada Dr Mohamad Azmi dan juga Cik Naqiah sanggup meluangkan masa untuk manuskrip saya.
Tuesday, November 30, 2021
Hari Kelima Puluh Dua 30 November 2021
Monday, November 29, 2021
Hari Kelima Puluh Satu 29 November 2021
Pada hari ini, saya merasakan saya tidak sedap badan dimana saya bersa ingin demam dan sedikit sakit kepala. Jadi, saya meminta kebenaran kepada Dr Mohamad Azmi untuk Work From Home, Alhadulillah beliau seorang yang sangat memahami. Walaupun saya berada di rumah, tetapi kewajipan saya untuk menyiapkan kerja yang diberi adalah wajib.
Jadi, pada hari ini, saya menyemak kesalahan ejaan dan penggunaan ayat pada manuskrip saya . Ianya mengambil masa yang agak lama kerana saya perlu meneliti satu per satu perkataan supaya saya tidak terlepas yang lain, lagi-lagi saya hanya menyemaknya di komputer sahaja, jadi saya perlu lebih teliti.
Friday, November 26, 2021
Hari Kelima Puluh 26 November 2021
Pada hari Jumaat yang penuh dengan berkat ini, saya memindahkan semua ayat dari blog saya ke dalam word. Ianya mengambil masa yang lama kerana terlalu banyak ayat kerana satu chapter mewakili satu hari saya menjalankan praktikal saya. Sekarang saya sudah menjalani praktikal saya di UITM selama 50 hari. Pejam celik, pejam celik, tidak terasa waktu berjalan.
Thursday, November 25, 2021
Hari Keempat Puluh Sembilan 25 November 2021
Pada pagi yang mendung ini, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk membuat panggilan mesyuarat bulanna yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Jadi, saya perlu menyemak semula minit mesyuarat yang sebelum-sebelum ini untuk memastikan info yang diberi semuanya betul.
Wednesday, November 24, 2021
Hari Keempat Puluh Lapan 24 November 2021
Pada hari ini, saya menyiapkan mana-mana kerja saya yang saya tertangguh ataupun tertinggal contohnya seperti memnyemak ejaan tatabahasa pada blog saya. Walaupun saya bukanlah pelajar jurusan bahasa, tetapi saya masih mengetahui sedikit tentang kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya.
Pada sebelah petang, Dr Mohamad Azmi meminta tolong saya untuk keluar ke bandar untuk membeli sampul surat dan juga setem untuk kegunaan pengeposan bahan pengajaran.
Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022
Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...
-
Nama diberi Noor Batrisya binti Mohmad Badli, berumur 23 tahun. Saya Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dan Kewangan di Ko...
-
Alhamdulillah, sudah diberi kesembuhan kesihatan kepada saya. Jadi, saya memasuki pejabat seperti biasa. Pagi Jumaat, saya dipanggil Dr Moha...