Friday, December 10, 2021

Hari Keenam Puluh 10 Disember 2021

Alhamdulillah, sudah diberi kesembuhan kesihatan kepada saya. Jadi, saya memasuki pejabat seperti biasa. Pagi Jumaat, saya dipanggil Dr Mohamad Azmi ke pejabatnya untuk membincangkan tugasan yang bakal diberi. Tidak lupa juga beliau bertanya khabar setelah 2 hari saya MC, dan kami membincangkan tentang tugasan lain.  Selesai perbincangan, Dr Mohamad Azmi meminta tolong saya untuk ke J&T untuk proses penghantaran.



Balik dari J&T, saya meneruskan tugasan dengan editing manuskrip yang baru berkesempatan untuk mengemas kini blog dan juga manuskrip. Jadi, saya habiskan masa untuk menyiapkan tugasan tersebut sampai tidak sedar bahawa sudah lebih jam bekerja. 

Thursday, December 9, 2021

Hari Kelima Puluh Sembilan 9 Disember 2021

 Pada keesokan hari, saya masih lagi demam dan sakit tekak. Jadi mengambil keputusan untuk pergi ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan selanjutnya. Demam saya tetika itu 37.8 dan saya sangat khawatir. Selesai pemeriksaan, Doktor memberi saya ubat yang sepatutnya seperti antibiotik, ubat demam, ubat selsema dan sebagainya. Doktor juga member surat cuti kepada saya selama 2 hari. 


Jadi saya ambil peluang ini untuk terus berehat dan pulihkan kesihatan saya. Terima kasih yang tak terucakap kepada Dr Mohamad Azmi kerana sangat memahami dan mengambil berat akan pelajar praktikal.


Wednesday, December 8, 2021

Hari kelima Puluh Lapan 8 Disember 2021

Bangun sahaja subuh, saya rasa badan  tidak sihat, badan panas, selsema dan juga batuk. Jadi, saya tidak berani untuk ke pejabat dan terus meminta cuti daripada Dr Mohamad Azmi. Demam saya semakin teruk dan juga saya sakit tekak. Semua itu adalah simptom kepada Covid-19, jadi saya membuat ujian Covid Test Kit. Saya berdebar kerana saya mempunyai simptom dan bergejala. Alhamdulillah keputusan ujian saya adalah negatif. 

Tuesday, December 7, 2021

Hari Kelima Puluh Tujuh 7 Disember 2021

 Pada awal pagi, Dr Mohamad Azmi memanggil untuk berbincang tentang tugasan pada hari ini. Jadi pada hari ini, beliau meminta untuk membuat templete kertas kerja. 


Ketika tengah fokus dengan  tugasan kertas kerja, Puan Junaidah datang ke bilik saya atas urusan proses merincih. Beliau meminta saya mengisi borang untuk dihantar ke Unit Harta.  Selesai saya mengisi Borang Permohonan Merincih, saya teruskan  dengan tugasan kertas kerja samapi siap kerana Dr Mohamad Azmi ingin tugasan itu dengan segera. 


Selesai menyiapkan tugasan kertas kerja, saya terus ke Unit Harta untuk menghantar Borang Permohonan Merincih. Di Unit Harta, saya mengajukan soalan seperti bagaimana penggunaan mesin merincih, apa yang perlu dibawa atau dipakai semasa merincih. Jadi, Puan Rozina memberi penerangan tentang penggunaan mesin merincih dan barang-barang yang perlu saya bawa sendiri.





Monday, December 6, 2021

Hari Kelima Puluh Enam 6 Disember 2021

Pagi Isnin, Dr Mohamad Azmi mempelawa pensyarah-pensyarah untuk bersama beliau untuk penyerahan buku Setahun ODL kepada Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang Cawangan Jengka. 




Alang-alang di Perpustakaan, saya dan Puan Junaidah terus berjumpa dengan Puan Suhaina untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang pelupusan yang telah lama tiada perkembangan dek kerana kesibukan dan hal-hal yang lain. Jadi Puan Suhaina memberi keterangan bagaiman untuk menggunakan mesin merincih di Unit Harta. Untuk lebih lanjut, Puan Junaidah berhubung dengan Puan Rozita iaitu Ketua yang bertanggungjawab di Unit Harta untuk berbincang dengan lebih lanjut.



Puan Suhaina memberi Borang Kebenaran Homogenous untuk dijadikan lampiran kepada borang Permohonan Merincih. Puan Junaidah dapatkan Borang Merincih dan perlu dihantar ke Unit Harta sebagai 'Hard Copy'. Pada sebelah petang saya ke J&T untuk membuat postage penghantaran buku Setahun ODL kepada pembeli.






Friday, December 3, 2021

Hari ketujuh Puluh Enam 3 Januari 2022

 Hari ini saya mengedit manuskrip untuk kali terakhir sebelum terhasilnya buku.





Hari Kelima Puluh Lima 3 Disember 2021

Saya mulakan hari saya dengan menyemak semula manuskrip saya  dengan penambahan ayat dan juga penggunaan ayat yang lebih sesuai. Jadi, saya menyemak dari awal sampailah ke muka surat yang terakhir. Selesai sahaja saya menyemak, Dr Mohamad Azmi memanggil saya untuk perjumpaan dengan beliau. Dalam perjumpaa tersebut, beliau meminta perkembangan dengan Borang Pengakuan Staf dan juga perkembangan manuskrip saya. Beliau juga bertanya tentang pensyarah yang belum lagi untuk mengambil buku Setahun ODL, terus beliau memberi notis di Group Whatsapp untuk mengingatkan pensyarah-pensyarah untuk mengambil buku. 



Sepatutnya hari ini Fakulti akan mengadakan Mesyuarat Bulanan Fakulti, akan tetapi Dr Mohamad Azmi ada perjumpaa penting dengan HR Manager Amanah Raya, terpaksa ditangguh ke minggu hadapan. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuat laporan praktikal saya sementara saya ada waktu kekosongan. Tidaklah saya terkejar-kejar untuk membuat laporan praktikal untuk masa hadapan.




Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...