Monday, December 6, 2021

Hari Kelima Puluh Enam 6 Disember 2021

Pagi Isnin, Dr Mohamad Azmi mempelawa pensyarah-pensyarah untuk bersama beliau untuk penyerahan buku Setahun ODL kepada Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang Cawangan Jengka. 




Alang-alang di Perpustakaan, saya dan Puan Junaidah terus berjumpa dengan Puan Suhaina untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang pelupusan yang telah lama tiada perkembangan dek kerana kesibukan dan hal-hal yang lain. Jadi Puan Suhaina memberi keterangan bagaiman untuk menggunakan mesin merincih di Unit Harta. Untuk lebih lanjut, Puan Junaidah berhubung dengan Puan Rozita iaitu Ketua yang bertanggungjawab di Unit Harta untuk berbincang dengan lebih lanjut.



Puan Suhaina memberi Borang Kebenaran Homogenous untuk dijadikan lampiran kepada borang Permohonan Merincih. Puan Junaidah dapatkan Borang Merincih dan perlu dihantar ke Unit Harta sebagai 'Hard Copy'. Pada sebelah petang saya ke J&T untuk membuat postage penghantaran buku Setahun ODL kepada pembeli.






No comments:

Post a Comment

Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...