Friday, November 19, 2021

Hari Keempat Puluh Lima 19 November 2021

 Semasa saya kerja semalam, saya diberitahu oleh ahli keluarga bahawa nenek saya perlu di bawa ke Hospital Temerloh dimana Hospital lagi besar dan mempunyai kelengkapan yang lebih canggih. Nenek saya diberitahu mempunyai pendarahan di bahagian usus. Jadi nenek perlu membuat pemeriksaan dan di pantau oleh Doktor Pakar. Jadi, saya mengambil cuti pada hari ini kerana saya sekeluarga ingin membuat bacaan yassin untuk nenek yang sedang sakit. 


Wednesday, November 17, 2021

Hari Keempat Puluh Empat 18 November 2021

 Pada hari ini saya perlu melapor diri ke Unit Harta Benda. Saya berjumpa dengan Rozina untuk melapor diri dan saya diberi penerangan tentang uit harta benda dan Puan Rozina membawa saya untuk melihat sekeliling di Unit harta benda. 


Saya diberi penerangan dimana harta yang bernilai RM500 hingga RM2999.99 adalah dipanggil Inventori manakala RM3000 ke atas dipanggil Asset. Puan Rozina juga membawa saya melihat kawasan Stor penyimpanan barangan yang akan dilupus dan stor fail-fail. Selesai sesi berkenalan, Encik Noordin meminta saya untuk key in data untuk melupusan. 



UiTM dibawah kerajaan, jadi semua harta benda perlulah dijaga dan tidak boleh sewenang-wenangnya dilupus. Semuanya perlu hitam putih untuk membuat suatu perkara di atas harta tersebut. Pada Tengahari, saya ,mengikut Encik Fauzi dan Encik Hasri untuk melawat harta UiTM di Stadium Jengka.




Hari Keempat Puluh Tiga 17 November 2021

 Pada hari ini sepatutnya saya perlu menyiapkan tugasan pengisian baucer ke dalam sistem di bawah Encik Shaharudin, akan tetapi, saya ada Emergency Leave,  maka saya tidak sempat untuk meneruskannya. Saya mengambilemergency leave kerana nenek saya tidak sedarkan diripada malam semalam, jadi saya keluarga yang terdekat perlu menguruskan semua benda di hospital dan membawa mak saya untuk proses menunggu di hopital. 


Semoga nenek saya diberi semula kesihatan dan dipermudahkan segala urusan . Saya sudah inform kepada pihak bendahari dan juga Dr Mohamad Azmi. 



Tuesday, November 16, 2021

Hari Keempat Puluh Dua 16 November 2021

 Pada hari kedua saya berada di bendahari, saya diberi tugasan untuk membuat filling di bawah bimbingan Encik Shaharudin. Saya perlu menyusun filling mengikut warna yang sama agar tidak tertukar dan lebih teratur. Nampak sahaja macam senang, tetpi agak remeh dan perlu penelitian yang tinggi kerana ianya perlu disusun mengikut no baucer supaya lebih tersusun. 



Pada tengahari, Fakulti Perakaunan mengadakan satu Mesyuarat Khas untuk membincangkan Lesson Plan  di mesyuarat tersebut.  Saya tangguh dulu kerja filling saya untuk memberi laluan kepada Mesyuarat Khas Fakulti. 


Lepas makan tengahari, saya menyambung menyusun filling dan sudah selesai, En Shaharudin memberi saya tugasan dimaana saya perlu mengisi baucer di satu sistem UiTM. 




Monday, November 15, 2021

Hari Keempat Puluh Satu 15 November 2021

 Pada minggu ini saya meneruskan perjalanan praktikal saya di Pejabat Bendahari selama seminggu. Jadi pada hari ini, saya lapor diri di Pejabat Bendahari.


 


Saya berjumpa dengan Puan Yusnita iaitu Timbalan Bendahari, dan beliau memberi tanggungjawab untuk memberi pendedahan kepada Encik Hafiz. Puan Yusnita memberitahu saya akan berada di Unit Pengurusan Perolehan, Unit Pengurusan Wang dan Unit Pengurusan Akaun selama dua hari dah berada di Unit Pengurusan Harta selama tiga hari. Encik Hafiz memperkenalkan saya kepasa semua staf-staf di Pejabat Bendahari. Selesai sesi berkenalan, saya ke unit Pengurusan Perolehan. Di situ, saya berjumpa  dengan Puan Farawaheda iaitu Penolong Akauntan. Di sini beliau memperkenalkan secara amnya Unit Bendahari. Puan Farawaheda memberitahu secara amnya proses di bendahari ini pada mulanya akan dibuat bajet dan diikuti dengan  perolehan, bayaran, harta benda dan akaun. Puan Farawaheda memberitahu saya secara terperinci tentang Unit Perolehan. 




Di bahagian ini, saya kekurangan kerja kerana disini banyak perkara yang sulit yang tidak sewenang-wenangnya dibertitahu kepada orang lain.

Friday, November 12, 2021

Hari Keempat Puluh 12 November 2021

 Pada awal pagi, Puan Suhainal dari pihak arkib meminta saya untuk menyediakan surat  permohonan perlupusan rekod. Jadi saya embuat drafr surat dan meminta Dr Mohamad Azmi tandatangan sebelum hantar ke unit arkib. 



Sementara saya menunggu Dr Mohamad Azmi mentandatangan surat tersebut. saya telah mengemas kini kalender kerja saya dan blog yang saya tertinggal disebabkan terlupa dan tidak sempat untuk membuatnya. Usai menerima surat yang telah ditandatangani oleh Dr Mohamad Azmi, saya  menghantar surat permohonan ke Puan Suhainal.

Pada sebelah petang pula, Dr Mohamad Azmi meminta tolong untuk melayari Youtube dan belajar cara untuk membuat akaun Shopee kerana beliau ingin menjual Card Game AOTB yang dicipta oleh Fakulti Perakaunan. 





Thursday, November 11, 2021

Hari Ketiga Puluh Sembilan 11 November 2021

 Pada hari ini, saya memulakan kerja saya dengan mengisi  semula Borang Homogenous kerana ada kesalahan yang telah saya hantar pada borang sebelum ini. Jadi, saya menyak dan membetulkan semula dan kemudian menghantar semula ke unit Arkib. Selesai menghantar borang, saya mengikuti satu google meet bersama En Azizi dan Pn Syahida untuk perbincangan Program yang akan dijalankan pada petang ini. Dr Mohamad Azmi meminbta saya untuk menjadi MC untuk mengendalikan satu program iaitu Program pengenalan KOSISWA. Pada pengalaman saya, saya tidak pernah lagi untuk menjalan MC mengendalikan satu program. Jadi peluang ini saya ambil sebagai pengalaman dan menambah keyakinan saya untuk bercakap dengan orang luar. Sebelum 

Sebelum itu, saya menyediakan teks ucapan supaya saya tahu tentatif program dan saya bersiap awal supaya tidak kalut.  Selebum berjalannya program tersebut, Dr Mohamad Azmi meminta saya untuk saya membuat kerja editing untuk kali terakhir sebelum buku diterbitkan. 


Jadi tepat pukul 4.30 petang, saya menghadiri Program Pengenalan KOSISWA sebagai MC. Alhamdulillah Program berjalan dengan baik dan ini adalah pengalaman baru kepada saya kerana sebelum ini saya belum pernah mengendalikan program. 




Hari Kelapan Puluh 7 Januari 2022

Tibanya hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal di UITM. Hari ini sepatutnya kami ke pejabat bendahari untuk melihat pengurusan fail di...